Adakah penurunan harga petrol dan diesel sebanyak 10 sen memadai?

lagi-lagi gambar lucah linda rafar

Kalau ada gambar lucah yang kononnya dikaitkan dengan Linda Rafar, sila ambil tindakan bijak dengan tidak menyimpannya. Delate! Delate! Delate!
Di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan, "Sesiapa yang sabit kesalahan menjual, menyewa, mengedar secara awam bahan-bahan lucah boleh dikenakan penjara hingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali."
Kalau tidak, korang mungkin senasib dengan seorang guru sekolah menengah di Kuantan.
Takut? Entahlah labu. Jadi labu airlah korang gamaknya.

Buai laju-laju
sampai cucur atap
apa dalam baju
gambar lucah kena rentap.

2.
Nedstat Basic mencatatkan capaian dua hari yang mencanak-canak bermula semalam hingga jam 8.25 malam hari ini, iaitu 26 November sebanyak 360 dan 27 November (193).
Dan seperti jangkaan sebelum ini, (kata kunci) Linda Rafar sudah mengalahkan (kata kunci) Sharifah Aini apabila Sharifah Aini tersingkir ke tangga ke-4 dan ke-5, manakala lapan dari top ten dikuasai Linda Rafar.
Berikut, senarai top ten itu:-
linda 62
rafar 58
gambar 30
lucah 9
syarifah 4
aini 4
bogel 3
Linda 3
LINDA 3
kes 3

3.
Bush: Weh, macam mana korang boleh jadikan gambar lucah artis X jadi tumpuan rakyat Malaysia?
Dalang: Biasalah beb, orang Malaysia suka benda buka-buka ni. Tak kiralah kepala siapa. Kalau kau letak kepala orang utan pun, orang Malaysia suka juga.
Bush: Habis tu, kalau aku nak kekal dalam pertandingan penggal ketiga, agaknya aku perlu buka baju juga tak? Atau mungkin anak aku sebab dia suka parti-parti ni.
Dalang: Err... kau boleh bertanding lagi ke lepas ni?
Bush: Lantaklah. Kalau aku boleh tipu separuh orang bijak kat AS dan menang pilihan raya, takkan aku boleh tipu lagi mereka untuk kekal untuk penggal ketiga. Yang undi aku, tak kisah. Kalau dorang bodoh dulu, takkan sekarang ni bertukar jadi bijak. Anyway (sila baca dengan nada dalam drama Melayu), macam mana aku nak raih undi macam gambar lucah artis X tu ya?
Dalang: Mana boleh kau buka baju. Bukan saja dengan kau, anak kau pun terlungkup sama. Anak kau ok lah, tapi rakyat kau bukan kisah buka-buka ni. Dah tak syok, beb!
Bush: Dah tu macam mana? Aku dah tak boleh harap dengan Powell, aku dah terajang dia keluar dari White House. Aku bagi dia uruskan pasal pilihan raya luar negara pula. Biar dia cakna pasal election kat Ukraine yang tipu tu.
Dalang: Kau lantik aku jadi pengarah kempen kau. Aku tau apa nak buat.
Bush: Ok. Set.

Esoknya, kepala gambar lucah yang kononnya dikaitkan dengan seorang artis sudah ditukar kepada Bush dengan bertubuh perempuan. Manakala gambar lelaki yang juga dikaitkan dengan artis, ditukar kepada gambar orang utan.

Tajuk kempen: Do you know who is really bitch?

0 nota: