Adakah penurunan harga petrol dan diesel sebanyak 10 sen memadai?

anjing sms dan e-mel layang yang menyalak, tak menggigit?

Orang dulu kalau nak ugut, gulung surat pada anak panah - kasi panah itu tiang. Nasib tak baik, kena kepala. Itu taraf tinggi sikit.
Kalau dah jenis bacul, baling batu dan kemudian buat-buat tak tahu. Namanya baling batu, sembunyi tangan - siapalah malaun tu yang sampai sekarang perbuatannya disebut-sebut. Nasib baik tak disebut namanya. Kalau tak, anak cucunya juga yang malu.
Bila dah ramai pandai menulis, maka adalah yang gatal tangan tulis surat fitnah dan kemudian melayang-layangkannya pada orang lain. Maka, jadilah surat layang.
Sekarang, orang bukan saja pandai menulis, bahkan pandai pula memanfaatkan apa saja - maka jadilah ada pula ugutan melalui sms.
Kata seorang kenalan yang dulunya jahat tapi sekarang belajar nak jadi baik, kalau orang jahat yang memang nak pukul, tak payah bagi ugutan dulu. Tapi terus belasah sampai mati. Selalunya, orang yang mengugut begitu adalah orang yang baik tapi baru belajar nak jadi jahat.
Apa orang puteh kata, anjing yang menyalak tak menggigit?

Kronologi kes e-mel dan sms layang

19 September 2004
Pengerusi Kehormat Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Zaienal Abidin Omar bersama wartawan hiburan Harian Metro, Abdullah Mamat; Pengarang Meja Hiburan Mingguan Malaysia, Ku Seman Ku Hussein dan Ketua Wartawan The Star, Fauziah Mohd Johar, memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, selepas masing-masing membuat laporan polis berkaitan e-mel layang oleh 'Asmah & The Gang' yang turut mengaitkan mereka.
20 September 2004
Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar membuat dua laporan polis kerana mendakwa pihak tertentu cuba mengaitkannya dengan kes khidmat pesanan ringkas (SMS) dan e-mel layang terhadap Siti Nurhaliza Taruddin. Sharifah Aini mendakwa tindakan mengaitkan dengan kes itu sengaja
dilakukan bagi mendesak menggugurkan saman dikemukakannya terhadap beberapa individu.
21 September 2004
Polis mengenal pasti dalang kes penyebaran SMS dan e-mel layang berunsur fitnah serta ugutan terhadap Siti Nurhaliza. Sehubungan itu, polis akan bertindak menahan dan menghadapkan individu terbabit ke muka pengadilan sebaik segala bukti berhubung pembabitannya dalam kes berkenaan diperoleh dan siasatan diselesaikan.
21 September 2004
Kertas siasatan mengenai laporan polis yang dibuat Sharifah Aini, yang mendakwa ada pihak tertentu cuba mengaitkannya dengan kes SMS dan e-mel layang terhadap Siti Nurhaliza, sudah diserahkan kepada Bukit Aman, untuk tindakan. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Datuk Ghazali Mohd Amin, berkata pihaknya menunggu arahan selanjutnya kerana ia disiasat Bukit Aman.
22 September 2004
Pengarang Hiburan Berita Harian (BH), Hanizam Abdullah membuat laporan polis terhadap tiga pihak termasuk Zaienal Abidin, kerana mengaitkan namanya dengan isu SMS dan e-mel layang terhadap Siti Nurhaliza.
25 September 2004
Polis sudah mengesan penyebar e-mel berbentuk ugutan memfitnah Siti Nurhaliza dan beberapa wartawan hiburan tempatan. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Musa Hassan, berkata siasatan terperinci sudah dijalankan dengan kerjasama Mimos Berhad berdasarkan maklumat yang diterima daripada Mimos itu.
27 September 2004
Seorang pensyarah sebuah kolej di Pulau Pinang ditahan kerana dipercayai menyebarkan e-mel layang berbentuk ugutan yang memfitnah Siti Nurhaliza dan beberapa wartawan tempatan. Lelaki berusia 37 tahun itu ditahan di Pulau Pinang, sebelum dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya jam 9.30 pagi, untuk mendapat perintah tahanan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.
6 Oktober 2004
Sharifah Aini dipanggil ke Bukit Aman, untuk diambil keterangannya berkaitan siasatan kes e-mel layang memfitnah Siti Nurhaliza. Sementara itu, pensyarah institut pengajian tinggi swasta (IPTS) yang ditahan pada 26 September lalu di Pulau Pinang bagi membantu siasatan kes itu, sudah dibebaskan dengan jaminan polis, petang kelmarin. Musa berkata, Sharifah Aini diminta hadir untuk melengkapkan kertas siasatan kes terbabit.
13 Oktober 2004
Pegawai penyiasat kes e-mel layang yang memburukkan Siti Nurhaliza, sedang menyiapkan laporan terakhirnya, kata Musa.
3 Disember 2004
Sharifah Aini membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya mendakwa Zaienal Abidin, memfitnah, memalukan dan cuba menjatuhkan kerjayanya. Dalam laporannya, Sharifah Aini mendakwa Zaienal menghantar SMS kepada wartawan hiburan BH, Zubir Mohd Yunus yang bertanyakan: Boleh anda jelaskan siapa dan di mana recycle Mona Fendi (Mona Fandey) dianugerah sebagai Biduanita Negara.
6 Disember 2004
Zaienal Abidin membuat laporan polis mendakwa dia dan keluarganya menerima ugutan bunuh daripada orang yang tidak dikenali. Laporan itu dibuat di Balai Polis Damansara dan ia disahkan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Daerah Petaling Jaya, Superintendan Abdul Rahman Ibrahim, ketika dihubungi BH.
SMS berkenaan ialah:-
SMS pertama: Eh bangkai conman (penipu). Kami saudara Mona Fendi. Kalau dapat kepala kau putus kami potong. Kita dapat tahu mana kau duduk. Berambus dari KL. Mampus kau aku bunuh.
SMS kedua: Darah kami semua dah naik kau hina Mona. Kepala aku dah nak meletup ni. Kami cincang kau. Tunggu kalau kau anak jantan babi bangkai. Mampus kau aku cincang.
SMS ketiga: Tak lama kau hidup. Jantan sial. Mulut puki. Kau tunggu. Malam ni aku dah jumpa dua rumah bini engkau. Kereta engkau.
SMS keempat: Kau tunggu. Anak kau aku cincang lumat. Babi bangkai. Kau tunggu ye sial. Kami ikut mana kau pergi. Aku panggil hantu Mona bunuh engkau. Kau tunggu.
8 Disember 2004
Polis akan memanggil Sharifah Aini untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan berhubung laporan polis yang dibuatnya terhadap Zaienal Abidin, 3 Disember lalu. Abdul Rahman, berkata pihaknya juga akan merujuk kes itu kepada Bukit Aman untuk mendapatkan arahan berhubung siasatan mengenainya.
Sementara itu, Harian Metro melaporkan rayuan anak perempuan Mona Fandey atau nama sebenarnya Maznah Ismail, iaitu Monalisa Ahmad Mokhtar, 30, yang mewakili keluarganya meminta pihak tertentu untuk tidak mempermainkan nama arwah ibu mereka.

Sumber: Berita Harian dan Harian Metro

0 nota: