Adakah penurunan harga petrol dan diesel sebanyak 10 sen memadai?

Gegaran anugerah bintang popular

Anugerah Bintang Popular (ABP) 2004 Berita Harian

PERINGATAN: Entri ini ditulis tanpa dapat meminggirkan perasaan ‘bias’. Oleh sebab sebahagian besar rakyat Malaysia keluar mengundi dalam keadaan sudah membuat keputusan tanpa perlu mendengar penerangan dua pihak bertanding untuk suatu amanah yang besar, sudah tentulah tidak jadi masalah untuk aku tulis entri dalam keadaan ‘bias’ terhadap projek Berita Harian0.

Pengacara: Ogy Ahmad Daud dan Salih Yacob
- skrip lebih ‘terkawal’ kerana tidak ada tanah gersang dan menunggang kuda mungkin sebab tanah berpagar dan kuda dah makin berusia :P
- ada lawak sinis e-mel beracun atau sms... hem kepada siapa ya lawak ini dituju?
- lawak menggatal Salih tak berubah sejak dari nyanyi lagu, “One two three. I love you!” Adik-adik remaja kalau nak tahu, sila selongkar balik simpanan VCR mak bapak adik-adik, tapi jangan salah terselongkar dapat pekdah lain pula
- lawak mat rempit, “Kalau berani, mari kita rempit dari sini sampai ke balai. Sapa kena tangkap dulu!”
- Salih tak boleh buat lawak sorang-sorang, sebaliknya kena ada gandingan

Persembahan selingan

1. Terhangat Di Pasaran oleh KRU dan Adamz Akademi Fantasia 2 (AF2)
2. Cilok oleh AC Mizal, Afdlin Shauki, Awie, Hans Issac
- AC Mizal berhenti dari jadi anggota Gerak Khas jadi anggota Gerak Samurai; Awie dah bosan naik motosikal berkuasa tinggi dan ambil keputusan untuk bertapa di puncak Gunung Fuji untuk jadi samurai; Hans Issac dah boring dengan dunia perniagaan Melayu yang suka dengki dan sakit hati, meninggalkan kemewahan hidup untuk jadi pejuang kebangsaan; Afdlin... hem... dah memang peel perangai dia buat benda pelik dan tak senonoh, kan tak senonoh1 kalau dah badan macam tu untuk jadi samurai!
3. Gemilang oleh Jacylin Victor dan Hazami
4. Dayang Sayang Kamu oleh Dayang Nurfaizah
- pemilihan lagu ini, macam Dayang bernyanyi untuk konsert solo
- cadangan: elok Dayang berduet dengan Nana AF1 yang nyanyi “Siapa, Nana ke?”
5. Kau Yang Satu oleh Ramli Sarip dan Raihan
- persembahan bertenaga dari Papa Rock dan Bapa Nasyid (Raihan daa!)
- penyampai adalah Noramalina Che Bakri
6. Hey Waley oleh Reshmonu
- tidak ada kena-mengena dengan lagu ‘Hey Wok Loh’ oleh penyanyi lagu tempatan, Che Soud Chabe Pat Tok Mekngoh
7. Uji Rashid Medley oleh Misha Omar
8. Gerhana dan Hati Emas oleh Kembara (A Ali, M Nasir dan S Sahlan)

Penyampai: Normala Samsudin dan Fahrin Ahmad
- lawak Normala spontan yang menjadi, “Dengan badan tinggi lampai sebijik macam... macam anak saya!”
- peringatan kepada kaum lelaki, kalau kail panjang 26 jengkal, jangan menduga Normala Samsudin

Pengacara TV Lelaki Popular: Aznil Nawawi
- penonton kita memang suka aksi dramatik dan ala drama swasta
- cadangan: Azwan akhirkan Cit-Cat Bersama Azwan dengan artis menangis dan pulang bawa beg roda; lepas dah habis putar, peserta Roda Impian yang kalah menangis dan bawa balik beg roda; Wahid... err perbanyakkan aksi artis menangis dengan lebih dramatik dan tergetik-getik serta kalau boleh biar berguling-guling dalam Melodi; Misteri Nusantara dengan adegan pontianak menangis dan mengilai tapi waktu tu mungkin Zainal pula yang tarik beg roda dan lari macam cicak kudung

Pengacara TV Wanita Popular: Raja Azura
- penonton kita lebih suka pengacara yang keletah walaupun dah bergelar kakak daripada pengacara yang seriuuus.
- cadangan: Cheryl dah cukup keletah tapi sebab masih muda, peringatan orang muda yang genit biasa tapi orang berusia yang keletah itu sudah luar biasa; Zakiah tak boleh buat keletah, takkan nak cerita orang kena bunuh kena menjerit-jerit

Penyampai: Ning Baizura, Rafila dan Siti Sara

Penyampai Radio Lelaki Popular: Halim Othman
- lawak yang sinis, “Pembaca yang tak lawa, baca paper lain.” Sepatutnya lawak tu tamat, “Baru saya tahu, pembaca Berita Harian lawa-lawa.”

Penyampai Radio Wanita Popular: Linda Onn
- errr... Linda pakai apa kat bulu mata sampai bersinar-sinar?

Penyampai: Zulhuzami dan Nasha Aziz

Artis Komedi Lelaki Popular: Saiful Apek
- nampaknya lawak Saiful Apek akan terus diminati walaupun ada cubaan menyelitkan lawak versi Buli
- ini bukan pertembungan lawak kurus dengan lawak gemuk

Artis Komedi Wanita Popular: Sheila Rusly
- ketika Sheila naik ke pentas, aku akui dua bakat besar Sheila memang terserlah (bakat berlakon dan bakat mengacara)

Penyampai: Anita Sarawak dan Mohd Mahathir

Artis Baru Lelaki Popular:
Vince


Artis Baru Wanita Popular:
Jaclyn Victor


Penyampai:
Kiran, Nila Kurnia dan Norshahima


Artis Bukan Melayu Popular:
Vince

- aku rasa Vince dan Jaclyn wajar berkongsi anugerah ini


Penyampai:
David Teoh dan Ziana Zain


Pelakon Filem Lelaki Popular:
Rosyam Nor

-
awak, awak suka tak pelakon yang awak minat menang?

Pelakon Filem Wanita Popular: Erra Fazira
- kalau dari sudut bakat berlakon jadi hantu, Maya Karin mungkin lebih popular di kalangan hantu; mungkin lebihnya Erra dari Maya sebab dia berlakon sebelum mati (Hingga Hujung Nyawa) dan selepas mati (7 Perhentian)

Penyampai:
Fazura, Ashraf Daniel Sinclair dan Nazmin


Penyanyi Nasyid Popular:
Rabbani


Penyampai: Ajai dan Nurul
- adat pasangan, “Mula-mula I dan you, lepas tu abang dan sayang, kemudian pa dan ma, akhirnya tok dan nek?”


Penyanyi Lelaki Popular:
Yusry KRU

- kata seorang kawan, “Walaupun lubang hidungmu dalam filem tidak kuminati, tapi lagumu tetap menjadi pujaan hatiku.”


Penyanyi Wanita Popular:
Siti Nurhaliza

- minta maaf ya penyanyi wanita lain, tunggulah Siti berundur dulu baru merasa anugerah ini


Penyampai:
Dia Fadila, Liza Hanim dan Ain Afida


Artis Berkumpulan/Duo Popular:
Spider
- Rela Ku Pujuk terus memujuk peminat; Aku bukan lelaki yang tewas!


Penyampai:
Noreen Nor dan Sheila Rusly
- dua-dua ada dua bakat besar (bakat berlakon dan bakat mengacara)
- Sheila tak faham lawak Noreen, “Akak dah lupa, Sheila yang awal ke, yang tengah ke atau yang akhir?” Dan adik-adik remaja, sila tengok filem ‘Hantu Siang’ untuk faham lawak Noreen

- kalau tak silap aku, Noreen duk kat tengah, Sheila jadi yang paling muda. Hem... tapi siapa yang isteri tua ya?


Pelakon TV/VCD Lelaki Popular:
Rosyam Nor

-
amboi, amboi, Eja sebagai kekasih, nasib baik sempat cover Jins sebagai ayah

Pelakon TV/VCD Wanita Popular: Eja
- Eja ada class; aku bias? Memang pun!


Anugerah Biduanita Veteran:
Uji Rashid


Anugerah Seniman Veteran: Jins Shamsudin

Anugerah Khas:
Yusuf Haslam

- walaupun Mat Jan menggelarkan drama Yusuf sebagai Gelak Khas, tapi Yusuf dapat Anugerah Khas. Mat Jan dapat apa? :P


BINTANG PALING POPULAR 2004:
SITI NORHALIZA
-
sementara itu, pelakon lain boleh cuba menyanyi, “Aku Berhenti Berharap!”

Ulasan lain
Mat Jan
Sultan Muzaffar

Nota kaki ayam


0. Scott Adams tulis dalam The Dilbert Principle, “Saintis penting telah buat kajian yang membuktikan bahagian otak yang bertanggungjawab untuk pemikiran rasional tidak akan melakukan aktiviti kecuali selepas anda melakukannya.”

1. Benda yang tak senonoh yang dibuat adalah bermaksud benda mengarut yang menarik perhatian orang, bukannya benda yang tak senonoh yang itu.

0 nota: