Adakah penurunan harga petrol dan diesel sebanyak 10 sen memadai?

Soal jawab agama

Ustaz,

Saya ada kawan perempuan. Dah lama berkawan. Baru isytihar berkasih. Dalam proses nak bertunang. Setahun dua cadang nak kahwin. Dia baik orangnya. Walaupun dia mengaku masuk disko, dia order sirap limau dan lai ci kang saja. Memang dulu dia ada pukul orang, tapi tak sengaja. Pukul secara tak sengaja, ustaz kata tak berdosa kan?

Masalahnya, dia ni seksi. Saya takut juga. Yalah, dosa satu hal. Hari tu ada saintis kata orang yang seksi tak subur. Dahlah dulu saya pakai seluar jeans ketat. Masa sekolah menengah. Masa tu Search dan Wings tengah hot. Kalau dia tak subur, saya pula mandul; macam mana nak dapat anak!

Ada sekali saya ikut dia pergi majlis penyampaian hadiah. Seksinya dia, ya Tuhan, terkejut saya tengok. Terjolol biji mata saya.
Gaun dia nampak lurah. Belah kat paha lagi. Jalan lenggak-lenggok lagi. Dari belakang macam bumper Kia Spectra. Dari depan macam dua lampu Mercedes mata belalang yang dirapatkan. Berkali-kali saya terkejut. Kerana berkali-kali saya tengok. Tapi tengok kali pertama, ustaz kata tak berdosa kan? Yang kemudian tu kira macam mana?

Saya nak kahwin dengan dia. Sebab saya suka sangat kat dia. Tapi yang seksi sangat tu jadikan saya kusut. Tolonglah saya, ustaz untuk leraikan kekusutan ini.

ps - ustaz jangan beritahu kat orang, dia ni artis

Yang benar
Jejaka Keliru

Oosum, aku menang!

In Gombak division, the votes for the chairman's position were tied and a coin was tossed to decide the winner, with M. Jayakumar coming out tops against incumbent S. Rajakupal, who accepted the defeat.
- New Straits Times, 15 MIC heads of division lose in polls”; March 27, 2006
Rupa-rupanya, duit syiling bukan saja digunakan untuk tentukan pemenang dalam perlawanan bola sepak (sekiranya keputusan tak dapat ditentukan dengan tendangan gol penalti), tapi dalam pemilihan pemimpin peringkat parti.

Pengumuman: Selain duit syiling, siapa bakal jadi ketua boleh juga ditentukan melalui:-

1. Oosum: Yang dibenarkan ialah air, batu, burung, papan dan pistol.
2. Lai li taplong: Sekiranya melibatkan tiga atau lebih calon yang dapat undi sama banyak.
3. Cubit semut siapa sakit naik atas: Siapa yang lebam tangan dan tak boleh main dikira kalah. Lebam mata tak dikira.
4. Berlari dalam guni (sila check kalau-kalau ada duit dalam guni), lari bawa bola pingpong (untuk yang suka bawa lari kertas undi), cari duit syiling dalam tepung (untuk yang pakar politik wang dalam strategi bagi duit pada perwakilan): Elok untuk meredakan kehangatan pemilihan.
5. Main tutup botol: Pemenang ditentukan siapa yang paling power buat lompat scrambler (pada budak-budak moden, korang tak kan tau apa teknik ni!).
6. Main lompat kapal terbang (aku tak ingat nama sebetulnya, ala yang garis-garis atas tanah kotak berbentuk t dan lempar batu dengan tempat yang kena lemparan tak boleh disentuh).
7. Konda-kondi (aku lupa orang Kelantan panggil apa): Elok sekiranya calon mahu babitkan pasukannya sekali.
8. Main nusuk-nusuk (oit ni bukan frasa lucah!) aka main sorok-sorok: Sekiranya calon mahu babitkan pengundi hantu.
9. Batu seremban: Sekiranya semua calon adalah wanita.
10. Lompat tali: Elok sekiranya semua calon selalu melompat parti.

Kalaulah, orang politik kita memasukkan permainan tradisional ini sebagai salah satu cara menentukan pemimpin, mungkin dunia politik kita akan kembali jernih! Sejernih zaman kanak-kanak mereka.

Pucuk nyiur belum mati

Dia mencubit sejempol tembakau dari dalam plastik rokrak (juga dikenali sebagai supit gelenyar). Dia meletak tembakau memanjang di atas kepingan empat segi tepat daun nipah. Plastik rokrak yang sudah berbentuk empat segi itu diletakkan dalam kotak daripada timah. Bersama-sama kepingan kepingan daun nipah yang sudah dipotong-potong.

Dia menggulungkan daun nipah itu secara kasar sebelum menyempurnakan gulungan itu dengan menggesek-gesek di antara dua tapak tangan. Sejemput tembakau terjolol keluar dari gulungan itu. Dia meletakkan rokok daun itu di bibir, lalu memancisinya dengan gesek api (juga dikenali sebagai goreh).

Dia menyedut dalam-dalam, menghembusnya puas-puas.

Abe Jak: Pok We tau saintis kata rokok boleh mati pucuk!

Dia, Pok We, terbatuk-batuk. Kahak tersangkut di kerongkong. Dengan bersungguh-sungguh, dia menarik kahak di kerongkong. Dengan menarik nafas dari mulut sehingga berbunyi, kahak itu bagai berlumba-lumba berkumpul di pangkal kerongkong. Pok We meludahkan kahak hijau ke tanah.

Kahak hijau itu tercotek di atas tanah. Liat. Kental. Hijau berjalur putih.

Seekor ayam jantan yang baru lelah memanjat ayam betina, meluru lalu mematuk kahak hijau itu.

Pok We: Mati pucuk? Anak aku sampai 15 tu tumbuh dari pucuk mana!?

Abe Jak: Saintis yang kata.

Pok We: Popok tu pucuk kangkung. Aku pucuk nyiur!

Bagai rusa naik komuter

Kerana aku terpaksa jual empat kereta yang lain (ikut kata menteri). Kerana aku menyahut seruan kerajaan jimat minyak (ikut kata hati). Kerana aku menyokong pengangkutan awam (ikut kata saku).

Semalam, aku naik komuter. Di tepi komuter yang berhenti, aku bertanya Mat John,
“Komuter ni menghala ke KL?” Dengan selamba Mat John jawab, “Komuter ni ke Rawang.”

Oh, dia menghala ke Rawang, bukan ke KL. Semasa Mat John meloncat ke dalam komuter, dia sempat menyindir,
“Nak ke Rawang bukan kena ke KL dulu, bang?” Aku pun ikut loncat sama.

Dalam komuter, aircondnya tidak dingin (kata orang Indonesia yang mahu langsung ke PJ). Barangkali RM4 billion nanti boleh diguna untuk menambah aircond dalam komuter.
“Apa Bung turut terkesan dengan minyak?” “Mesti. Mobil di Indonesia ngak pakai minyak?!” Dia menyindir. Aku pun loncat ke kerusi lain.

Duduk bersama anak gadis yang ada potensi menjadi queen control, Puteri Noor Sofea Batrisyah binti Karmun (aku sempat menjeling buku tulis yang mencatat namanya). Barangkali student UKM (yang semasa di sekolah rendah, buku latihannya sudah tidak tercatat Rukun Negara, tidak seperti zamanku).

Firasat queen control ini turun kepadaku. Apabila meloncat masuk ke komuter, dia berkata pada rakannya,
“Buat apa berdiri kat penjuru tu. Mari berdiri kat tengah.” Bila ada kerusi yang kosong, dia berkata lagi pada rakannya, “Buat apa berdiri lagi, duduk kat situ.” Bila kerusi di sebelahnya kosong (kami threesome sekiranya tiga kerusi memanjang boleh dipanggil begitu), dengan jari telunjuk dia menunjukkan kerusi kosong pada rakannya. Sama ada rakannya terlalu lurus behenol atau dia memang queen control. Mungkin pelajar undang-undang. Atau sains politik. Paling kurang dia mungkin aktif dalam Majlis Perwakilan Pelajar.

Itu baru dengan rakannya. Belum lagi dengan adik lelakinya. Belum lagi dengan teman lelakinya. Belum lagi dengan tunangnya. Belum lagi dengan suaminya. Gandakan berkali-kali untuk mendapatkan hasil yang lumayan queen controlnya.

Komuter bergerak kadang-kadang terbatuk-batuk. Perlahannya yang amat. Barangkali RM4 billion nanti boleh diguna untuk menambah enjin. Atau bagi minyak yang bervroom-vroom itu. Atau mungkin tambah kuasa lektrik (tentu TNB suka!).

Sampai di KL Sentral, 45 minit kemudian. Andainya komuter tidak terbatuk-batuk, mungkin 30 minit saja. Sungguh RM4 billion nanti perlu disalur untuk itu.

Di KL Sentral, hanya ada LRT Putra. Kalau mahu LRT Star, perlu ke Masjid Jamek. Kalau mahu Monorail, perlu menapak kira-kira 15 minit. Barangkali RM4 billion nanti boleh diguna untuk menambah rel yang menyambung terus dengan LRT Star dan Monorail.

Menaiki Monorail bagus juga. Boleh saksikan keindahan KL. Kataku pada pelancong Jerman, John Dusseldorf,
“Di sini, kita boleh menyaksikan masyarakat yang majmuk.” Jawab John, “Oh ya? Melayu, Cina dan India?” Aku geleng sebaik saja meloncat ke Monorail. “Kami ada perempuan yang berangan-angan menjadi lelaki dan mengepit kaum sejenisnya yang bertudung. Lelaki confuse jantinanya tapi masih cuba memakai baju yang tidak lelaki atau perempuan dan kadang-kala berkolar V.”

John ketawa.
“Apa bezanya, kami juga ada! Kita serupa. Cuma tak ada perempuan confuse mengepit wanita bertudung!”

Sewaktu Monorail melalui bangunan yang terbengkalai, John menunding lalu bertanya,
“Itu apa?” Aku dengan malu-malu terpaksa menjawab, “Kami tidak banyak bangunan lama yang dipulihara. Kebanyakannya kami roboh dan ganti dengan bangunan batu yang baru dengan seni bina yang waswas. Untuk menebus kesalahan itu, kami bina bangunan tapi siapkan separuh saja. Kami biarkan ia ditelan masa sehingga nampak uzur dan buruk. Maka itulah warisan kami pada anak cucu nanti kalau-kalau mereka bertanya apakah monumen di Kuala Lumpur.”

Nampaknya John menerima alasanku itu kerana dia tidak menyoal apa-apa lagi sehinggalah aku terpaksa keluar dari Monorail itu di Stesen Bukit Bintang.

Dari Stesen Bukit Bintang, tidak perlu turun tangga kerana ia terus terhubung dengan Sungai Wang Plaza. Barangkali RM4 billion nanti boleh diguna untuk membina lebih banyak jejantas terus ke bangunan.

Di Sungai Wang Plaza, taukey dvd copy menyapa.
“Tak mau beli dvd? Dvd copy maa!” Aku tercangak-cangak. Kerana ikut logik berjimat, adalah lebih jimat aku membelinya!

Kerana aku terpaksa jual empat kereta yang lain (ikut kata menteri). Kerana aku menyahut seruan kerajaan jimat minyak (ikut kata hati). Kerana aku menyokong pengangkutan awam (ikut kata saku). Maka perlukah aku membeli dvd copy itu?

Lepas gian!

Mawi

Mawi tangguh kahwin. Untuk tumpu kerjaya. Untuk bantu keluarga. Tunggu dulu. Itu bukan isunya. Tapi ramai peminat fanatik dari kalangan perempuan aka kaum hawa sokong.

Damn1! Korang memang bias. Pasal bila kami kaum lelaki guna alasan itu masa korang ajak cepat-cepat kahwin, korang tarik muka empat belas? Bila kena pada Mawi, korang semua angguk sokong? Memang korang bias!

Natasya

Artis akan turut memeriahkan pelancaran Kempen Budi Bahasa Ke-2 di Stadium Negara, 20 Mac ini. Untuk kempen budi bahasa, maka artis yang dipanggil mesti turut memancarkan imej budi bahasa. Maka, pilihannya ialah Siti Nurhaliza, Mawi dan Fasha Sanda... Eh maksud aku Natasya!

Samy Vellu

Samy Velu bagi senarai jangan pada untuk pemilihan peringkat bahagian MIC. Samy kata ada pihak yang hidang air yang tidak patut. Pengumuman: hanya air sirap limau dan lai ci kang saja dibenar untuk dihidangkan. Pada caterer, sila pastikan anda menukar senarai minuman anda.

Minyak

Ada menteri bercakap untuk luaskan amalan jimat cermat ketika kenaikan minyak. Termasuk mereka yang ada kereta lima buah, tapi yang pakai dua saja.

Damn! Nampaknya aku terpaksa jual tiga kereta lagi. Memang aku boros kerana beli lima kereta. Masa mula-mula kerja, terus beli BMW, Mercedes dan Volvo. Tok Rimau pun kena jual tiga buah kereta lagi. Spyz, Cik Easy, Po, Jigo, OP, Basri, korang kena cepat-cepat jual tiga buah kereta yang korang tak pakai tu.

Tapi sebut pasal boros, Naga lagi bapak kepada boros. Dia ada lima tren komuter dan lrt untuk ke tempat kerja. Naga, baik kau jual tiga lrt tu. Ko pakai satu tren, satu lagi bagi kat bini kau untuk hantar anak ke sekolah.

Chelsea dan Liverpool

Jose Morinho kata, the best team not win. Bila kalah dengan Barcelona. Ya lah tu. Tapi kalau guna sifir Rafa Banitez lagi teruk, agaknya. The best team will not score! Yang paling best, sifir Real Madrid. The best team always lost!

Nota kuku kaki
1. Saja guna perkataan bahasa Inggeris (damn) sebab nampak cool dan hebat. Korang mesti teruja dengan aku kan bila guna BI! Alah, macam korang dengar dialog dalam BI dalam drama korporat!

Tanam uri dengan...

Sebuah drama sebabak dengan template drama swasta

Di suatu petang, Shaun (nama sebenar: Mat Soun) dan Nick (nama sebenar: Nik Jusuh) bertemu untuk minum teh wangi. Ketika minum teh yang warna selut, rakan mereka yang gemuk tapi hensem, Nazmi lalu sambil memikul cangkul.

Shaun: Oit, basah jeruk dengan peluh ni dari mana?
Nazmi: Aku baru balik dari tanam uri.
Nick: Kau tanam uri ke tanam ubi sampai jeruk wok macam ni!?
Nazmi: Urilah. Bini aku baru bersalin anak tino.
Shaun: Berapa kaki demo gali?
Nazmi: Tujuh kaki!
Nick: Woit, tu tanam mayat kalau dah tujuh kaki!
Nazmi: Aku tanam uri dan benda lain sikit-sikit.
Shaun: Kau tanam apa lagi?
Nazmi: Pensel. Pen. Kaler warna. Buku lukisan. Buku nota. Tape recorder. Glob. Buku sifir kuasa. Kalkulator saintifik. Keyboard. Casing komputer. Kamus Oxford. Kamus Dewan. Stetoskop. Jubah doktor. Buku biologi STPM. Plan bangunan. Geometri. Model Menara Berkembar. Buku undang-undang. Jubah peguam. Tudung Wardina. Model kereta lumba F1 BMW Sauber Petronas. Model kapal terbang Airbus.
Shaun dan Nick: Fuyooooooooo! Tamak sungguh kau ni!

ps: semua cerita ini hanyalah rekaan semata-mata kecuali fakta Nazmi yang gemuk tapi hensem.

Tak nak sinikal lagi!

Aku berjanji. Bila jadi bapak, tak nak sinikal lagi. Tak nak satira lagi. Sinikal dan satira bahasa orang bijak pandai. Bahasa kampung: mengutuk.

Aku nak tulis macam kaum bapak dan ibu blogger menulis. Entri penuh dengan psikologi anak-anak. Kasih sayang menggunung tinggi. Disulam seribu hikmah dan sejuta bijaksana. Maklumlah bapak dan ibu moden. Orang dulu tak ada psikologi. Main capai dan sebat. Macam Touch N Go. Atau lebih teruk Smart Tag. Tak payah fikir renung panjang. Terus sebat. Sebab lama-lama, anak lompat tangga rumah. Langgar pagar. Susup susup lari sembunyi. Macam korang tak biasa!

Bapak dan ibu moden macam lorong tiket tol. Beratur panjang. Tekan break. Tukar gear. Buka cermin. Ambil tiket. Atau raba-raba duit syiling. Kira duit syiling. Hulur tiket. Tunggu gadis tol hulur tangan. Hulur duit syiling. Sambil sentuh sikit kulit mulus gadis tol. Minta resit. Ambil duit baki. Tutup cermin. Tukar gear. Bahasa simbiotik simplistik fantastik: Psikologi.

Alamak! Aku sinikal lagi!

Sebenarnya janji pada diri sendiri untuk tidak sinikal dan satira lepas jadi bapa hancur bila aku baca Samy Vellu menang (lagi dan lagi dan lagi-lagi) tanpa bertanding. Dan macam mana Samy boleh menang tanpa bertanding?

Mengikut perlembagaan MIC, seseorang calon bagi jawatan itu (Presiden) memerlukan 50 pencalonan (setiap pencalonan perlu mempunyai seorang pencadang dan tidak kurang daripada lima penyokong. Semua pencadang dan penyokong mestilah pengerusi cawangan atau ahli jawatankuasa kerja pusat parti).
Ok, Sister in Islam (SIS), aku cadangkan bagaimana nak perketatkan prosuder suami kawin lagi supaya korang berjaya dalam perjuangan korang untuk mengurangkan suami kahwin lebih (yang memang dah sedia kurang):
Seseorang suami yang mahu berkahwin lagi memerlukan 50 pencalonan (pencalonan perlu mempunyai seorang pencadang dan tidak kurang daripada lima penyokong. Semua pencadang dan penyokong mestilah terdiri daripada isteri, adik-beradik isteri, emak/nenek saudara isteri, sepupu perempuan isteri atau kawan-kawan rapat sebelum kahwin yang berkongsi air mata dan bantal dengan isteri).
Pada Samy Vellu, Good Night and Good Luck!
Pada golongan suami nak kawin lebih, Crash!

Speechless!

Aku speechless. Masih.
8.29 pagi. 1 Mac. 3 kg. Puteri.
Puterinya. Sihat.
Umminya. Sihat.
Abatinya? Abati itu aku!