Blogger kontroversi, Raja Petra Kamaruddin (RPK), akan dihantar ke Kem Tahanan Kamunting hari ini, untuk menjalani tahanan selama dua tahun berikutan Menteri Dalam Negeri menandatangani perintah tahanannya malam tadi mengikut Seksyen 8 Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Dengan ini, RPK akan menjalani ‘kursus’ selama dua tahun di UTK dengan option sambungan setiap dua tahun ke institusi yang pernah melahirkan individu seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, Dr Syed Hussin Ali, Dr Kassim Ahmad dan Mohamad Sabu itu.
Cuma berbeza dengan individu berkenaan, RPK menjadi ‘pelajar tua’ berbanding mereka yang menjalani tahanan itu pada usia muda.
Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bakal mendengar permohonan habeas corpus yang difailkan peguam RPK untuk membatalkan penahanan blogger itu.
Raja Petra bakal menyertai Universiti Terbuka Kamunting (UTK)
Nota oleh Nazmi Yaakub pada 1:00 PM Labels: Berita
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

0 nota:
Catat Ulasan