tag:blogger.com,1999:blog-74622512008-05-24T03:04:44.096+08:00Bukunota: Wartawan Atas SempadanNazmi Yaakubnoreply@blogger.comBlogger462125tag:blogger.com,1999:blog-7462251.post-33284038454755058852008-03-16T12:04:00.001+08:002008-03-16T12:04:59.695+08:00PindahKini berkawat di Kawat.
Nazmi Yaakubnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7462251.post-66832574978278438732008-01-12T16:34:00.000+08:002008-01-12T16:38:04.626+08:00Teks sekolah tak senarai karya SN
KUALA LUMPUR: Tiada karya Sasterawan Negara tersenarai sebagai antara buku yang dicadangkan untuk teks baru Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu (Komsas) bagi sekolah menengah yang disemak semula dan dijangka digunakan pada 2010.

Turut tidak tersenarai ialah puisi, cerpen, novel dan drama penerima Anugerah Penulisan Sea dan pemenang Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM), hadiah sastera peringkat negeri dan swasta baik bertema Islam mahupun kemerdekaan, meskipun diberi perhatian panel pemilih.

Sumber memberitahu Berita Harian, tindakan tidak menyenaraikan karya SN dan penerima serta pemenang anugerah untuk buku teks yang baru kerana Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), Kementerian Pelajaran, mendapati sebahagian teks sedia ada berat dan tidak sesuai untuk pelajar.

“PKK yang menyelenggara Jawatankuasa Pemilih Buku Teks Komsas mengatakan karya SN berat dan sarat dengan pemikiran sehingga sukar difahami pelajar. Justeru mereka mencari penulis popular dan teks yang mendapat sambutan pelajar dalam usaha menarik minat mereka dalam Komsas,” katanya.

Sumber itu berkata, tidak wajar SN yang mendapat pengiktirafan negara, karyanya dinafikan daripada turut disenaraikan dalam cadangan teks baru untuk Komsas kerana masih ada jalan menghormati mereka iaitu dengan memilih karya mudah agar memenuhi selera remaja.

Berita Harian difahamkan antara penulis yang karya mereka termasuk dalam senarai cadangan ialah Ahadiat Akashah, Sharifah Abu Salem dan Mohamad Yazid Abdul Majid atau lebih dikenali sebagai Zaid Akhtar.

“Hanya novel Zaid Akhtar pernah memenangi hadiah sastera. Pendekatan baru PKK ini akan merugikan pelajar kerana pemikiran dan penggunaan bahasa penulis karya popular boleh dipersoalkan, di samping tidak menepati matlamat asal Komsas,” kata sumber itu lagi.

Sumber itu turut memberitahu, PPK tidak lagi melantik sarjana sastera dan pengarang sebagai ahli Jawatankuasa Pemilih Buku Teks Komsas, sebaliknya melantik Guru Pakar Bahasa Melayu dan Guru Pakar Sastera untuk mengeluarkan senarai pendek teks untuk penilaian akhir.Nazmi Yaakubnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7462251.post-53010850419962216342007-10-29T11:47:00.000+08:002007-10-29T13:14:49.556+08:00Membaca ketinggian falsafah Siti Khadijah lewat kesederhanaan karya Sammaituha NajwaKesederhanaan cerpen Hati Seorang Abah di Berita Minggu pada 28 Oktober lalu karya Siti Khadijah Abd Ghaffar atau nama penanya, Sammaituha Najwa tidak hanya terserlah lewat judul yang mudah, bahkan dapat dibaca seawal ayat dan perenggan pertamanya.

Hati Seorang Abah seperti judulnya, memberikan isyarat awal mengenai cerpen itu mengangkat konflik keluarga yang berlaku antara watak ayah dengan anak, sebelum sangkaan pembaca disahkan apabila mula meneroka cerpen berkenaan apabila membaca, “Dia pernah marahkan abah. Kalau bukan kerana abah, pasti dia tidak akan tercampak di situ. Bergelumang dengan debu pepasir, terkejar ke sana ke mari hingga lelah mengurus diri.

“Memang abah punca keberadaan dia di situ. Keputusan abah ibarat batu besar menghempap diri. Dia diserang amarah tidak terluah apabila abah menyuarakan keputusan,” tulis Sammaituha Najwa.

Konfliknya juga mudah: Seorang bapa menggunakan kuasa kebapaan mengarahkan anaknya dengan penuh kepatuhan untuk melanjutkan pengajian ke Universiti al-Azhar as-Syarif di kota Kaherah yang kacau, kasar dan keras meskipun anak muda itu mempunyai kemahuan untuk menentukan jalan hidupnya sendiri.

Pembaca yang pernah menggigit cabaran di kota Kaherah dan pekan sepanjang Lembah Nil itu, pasti tersenyum kelat mengenangkan gigitan yang berselerakan antara kasar debu padang pasirnya; keras berbaur karisma ilmuwannya; kacau bercampur ketat jaringan pengangkutannya dan karenah pegawai birokrasinya.

Di sebalik faudha (cacamarba) kota Kaherah, watak anak yang taat, Luqman, menemukan hikmah yang disingkap melalui tabir Ramadan apabila lebuh raya bulan itu yang dinyalakan dengan fanus di kiri dan kanannya, lalu dimeriahkan dengan solat jemaah, tadarus al-Quran, zikir, terawih dan qiamullail.

Kesederhanaan konflik yang disebabkan kesederhanaan plot itu, bagaimanapun, menyembunyikan ketinggian falsafah yang diserapkan Siti Khadijah lewat mata pena Sammaituha Najwa, sekali gus menjadikan cerpen berkenaan ibarat sebuah talam sederhana yang mengisi juadah berkhasiat.

Falsafah dalam cerpen itu mula menyatu selari dengan perjalanan plot walaupun pada awalnya cara ia diselitkan pengarang menjadikannya seperti diada-adakan.

Kesepaduan falsafah dalam karya itu menjadi semakin matang kerana pengarang dengan perlahan-lahan meleraikan simpulan konflik, sekali gus menjawab kebekuan Abah terhadap suara lisan dan hati Luqman.

Kekuatan falsafah Siti Khadijah dalam karya Sammaituha Najwa juga turut disebabkan beliau menyalin falsafah daripada sirah yang agung, selain pantulan daripada disiplin ilmunya di Universiti al-Azhar as-Syarif.

Kesederhanaan karya sudah tentu masih boleh dipertingkat seperti menjadikan plot cerpen itu lebih mengalir berbanding perjalanannya yang tersekat-sekat kesan daripada kewujudan episodik secara bernombor, selain pengakhiran dengan kematian yang agak klise dan sedikit tergesa-gesa.

Begitu juga dengan kecenderungan pengarang bertazkirah lewat karya boleh ditipiskan lagi dengan kekuatan kreatif dengan menyatukan unsur didaktik itu dalam karya.

Harus diakui kekuatan falsafah Siti Khadijah berjaya mengimbangi kesederhanaan karya Sammaituha Najwa, sekali gus mewajarkan khalayak sastera untuk memerhatikan kepengarangan penulis muda kelahiran Negeri Sembilan itu.
Nazmi Yaakubnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7462251.post-7015712609481401452007-08-13T14:36:00.000+08:002007-08-13T14:40:21.671+08:00sangeetha: sepasang kuda dipacu cinta, melangkaui palang perkaumanTEATER Sangeetha yang mengangkat percintaan dua watak mewakili dua bangsa besar dengan menipiskan isu perbezaan agama, menyingkap tabir perkauman yang memisahkan masyarakat di negara ini sehingga ia boleh dihayati khalayak tanpa mengira peringkat umur.

Sangeetha mewakili watak India manakala Derus tampil dengan identiti Melayu, bagaikan sepasang kuda yang dipacu oleh cinta murni, tetapi berhati-hati melangkaui palang perkauman yang selama ini seolah-olah menghadang interaksi kaum yang lebih intim.

Teater yang diangkat daripada novel dengan tajuk sama oleh penerima Anugerah Penulisan Sea 1988, Azizi Abdullah dan arahan Ahmad Hashim atau lebih dikenali sebagai Senibayan itu, dipentaskan di Panggung Pelenggang Cahaya, Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang, baru-baru ini.

Kira-kira 400 penonton pementasan anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara (DBPWU) dibawa menyusur percintaan Sangeetha lakonan Milyana Arshad dan Derus (Mohd Nawi Ismail) yang berada pada hujung usia emas mereka, sekali gus menjelmakan perhubungan romantik yang bergerak secara perlahan, tetapi sentimental.

Pementasan bermula dengan rentak sangat perlahan lewat monolog Sangeetha yang terbaring di atas katil, tetapi fragmen itu diperkuatkan dengan prop yang kreatif apabila katil berkenaan ditegakkan, sehingga menyebabkan penonton seolah-olah melihatnya dari sudut pandangan atas.

Monolog Sangeetha melompat daripada kehidupan bersama arwah suaminya, Viralal (Halimi Mohamed Noh) yang romantik dan ada kalanya sedikit sensual kepada persahabatan Viralal serta Derus, sebelum penonton diterpa dengan kejutan lewat adegan kematian lelaki India itu yang sempat mengucapkan dua kalimah syahadah atas bantuan Derus.

Kematian Viralal menolak Sangeetha ke alam yang sunyi, sekali gus api cintanya mula memercik ke dalam kehidupannya sebagai balu, apabila Derus hadir walaupun sebagai pembantu rumah yang membersihkan halaman rumah, mencuci sangkar merbuk dan menguruskan kereta Moris Minor.

Babak yang menyaksikan bibit cinta mekar antara Sangeetha dan Derus, sekali gus mengubah status majikan-pekerja kepada pasangan kekasih, menjentik perasaan penonton terutama dialog watak wanita berusia 80 yang mempunyai dua lapis makna kerana dipengaruhi perasaan malu untuk berterus-terang.

Pementasan itu turut memanfaatkan teknologi apabila imej visual perjalanan di sekitar Pulau Pinang dipancarkan ke layar putih untuk babak Derus memandu kereta dengan ditemani Sangeetha.

Bagaimanapun pengucapan dialog kurang lancar dan ada kalanya tersasul dengan bahasa pasar atau bahasa Inggeris di beberapa babak menyebabkan penonton yang peka dapat mengesannya sehingga ada khalayak yang kedengaran tertawa dengan kesilapan itu.

Adegan tarian klasik India oleh Sangeetha juga boleh diperbaiki agar lebih kemas, sekali gus menghidupkan adegan yang diiringi paluan tabla oleh Viralal dan petikan gambus oleh Derus itu.

Begitu juga pengakhiran pementasan yang terlalu mendadak dengan kematian Derus, biarpun umum mengetahui kecenderungan Azizi untuk mengakhiri karyanya secara tragedi, tetapi penulis skrip boleh memasukkan isyarat awal terhadap penyakit jantung lelaki berkenaan.

Kesannya, pengakhiran yang sepatutnya menimbulkan suasana emosional, sebaliknya dianggap lucu oleh sebahagian penonton sehingga tertawa apabila Derus yang panik, rebah selepas mengetahui Sangeetha sedang nazak serta meminta lelaki itu untuk membacakan syahadah kepadanya.
Nazmi Yaakubnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7462251.post-63518208097211990612007-08-07T09:56:00.000+08:002007-08-07T10:05:50.202+08:00Suka duka alam kewartawanan A Samad Said
“Wartawan jati jarang makan gaji tanpa makan hati.,,

- Hujan Pagi

SASTERAWAN Negara (SN), Datuk (Dr) Abdul Samad Muhammad Said atau lebih dikenali sebagai A Samad Said menerima taklif sebagai Pengarang Berita Harian pada 1976 berlatarkan zaman berkocak dan meresahkan akibat pertembungan kuasa politik yang terlalu hampir dengan kerusi jawatan itu.

Pelantikan A Samad berlaku secara mengejut apabila beliau dipanggil Pengarah Urusan The New Straits Times Press (Malaysia) Sdn Bhd (NSTP), Datuk Junus Sudin, dalam suasana yang dikocakkan oleh penahanan Tan Sri (Dr) A Samad Ismail di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Lebih meresahkan A Samad apabila beliau terpaksa melangkaui beberapa wartawan kanan kerana kedudukannya ketika itu, sekurang-kurangnya pada kedudukan ketujuh dalam hierarki jawatan di Berita Harian.

Taklif sebagai pengarang itu, lebih mencabar berbanding tanggungjawabnya sebagai pengelola ruangan sastera, selain menyusun bengkel yang bertujuan meluaskan pengaruh Berita Harian untuk memukat khalayak baru terutama di kalangan pembaca remaja dan muda.

Perlantikan itu turut membawa tugas besar yang dibebankan ke atas bahunya untuk membangunkan Berita Harian dengan wajah dan watak tersendiri, sekali gus sebagai akhbar Melayu yang terlepas daripada imbasan serta pengaruh New Straits Times (NST).

Ini kerana Berita Harian pada era sebelumnya, dilihat seolah-olah ‘pendua’ daripada NST kerana banyak berita khususnya membabitkan isu besar diambil dan diterjemahkan daripada akhbar berbahasa Inggeris berkenaan.

Tindakan pertama A Samad untuk meniupkan nafas baru pada Berita Harian ialah membuat perlantikan rasmi dan meletakkan tangga gaji baru untuk jawatan Pengarang Berita yang disandang Saad Hashim; Lidah Pengarang (Ahmad Sanusi Mohd Amin atau lebih mesra dengan panggilan Asni dan Amir Hamzah Shamsuddin atau lebih dikenali Malungun); Pengarang Luar Negara (Salim Kajai); Pengarang Wilayah (Harun Taib); Pengarang Sukan (Zainuddin Bendahara) dan Pengarang Wanita (Zubaidah Abd Rahman).

A Samad mengakui walaupun semua jawatan itu sudah pun wujud pada era sebelumnya,
Semua jawatan terbabit sebelum itu wujud tanpa ‘hitam putih’ kerana A Samad Ismail membuat perlantikan berkenaan dengan hanya ‘menunjukkan’ wartawan tertentu untuk mengetuai bidang yang ditentukannya berdasarkan pilihannya.

“Saya meminta Junus memberi hak perlantikan secara rasmi itu kepada saya, termasuk menentukan tangga gaji mereka agar setaraf dengan gaji yang diterima rakan sejawatan mereka di NST yang sudah pun berjalan dengan formal.

“Secara rahsia, saya juga meminta kebenaran daripada Junus untuk ‘mencuri’ orang Utusan Malaysia dengan membawa masuk wartawan seperti Malungun, Salim Hamzah, Khadijah Hashim dan Syukur Harun, sekali gus menyebabkan Ketua Kumpulannya, Tan Sri Melan Abdullah marah serta mendakwa ia dilakukan dengan tujuan melemahkan akhbar berkenaan,” katanya pada pertemuan dengan Sastera di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Semua permintaan A Samad direstui dan diluluskan Junus dengan mudah termasuk membenarkannya untuk mengambil wartawan sambilan seperti Jusuh Manaf, Saring Sirad, Ismail Abdullah dan Zahani Sulung yang tidak mempunyai kelulusan dengan gaji setaraf Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).

Meskipun mendapat dokongan kuat daripada Pengarah Urusannya, tidak bermakna A Samad berhadapan dengan tugas mudah kerana beliau terpaksa mengunyah cabaran daripada wartawan yang enggan menerimanya sebagai pengarang, sekali gus meremehkan kepemimpinan beliau di Berita Harian.

Isyarat penentangan itu dihantar melalui tindakan melangkaui kuasanya seperti mempertikaikan pemilihan berita wilayah untuk disiarkan, selain menyuruhnya untuk menyiarkan foto individu tertentu sehingga ada kalanya A Samad mengakui kemarahannya tercabar juga.

Cabaran yang harus dikunyah tidak terhad kepada penentangan dari bawah, sebaliknya A Samad menyifatkan pengaruh kuasa kanan turut menggigitnya sebagai pengarang sehingga ada menteri dan setiausahanya yang mengunjunginya dengan membawa peringatan berbaur amaran.

A Samad berkata, ‘pertarungan’ itu sangat dahsyat sehingga ada setiausaha menteri yang datang dengan membawa amaran bahawa pintu sedang terbuka dan beliau boleh keluar sekiranya tidak suka, selain terpaksa berhadapan dengan kuasa pihak atasan dalam syarikat.

“Saya pernah bertelagah dengan Pengerusi NSTP, Tan Sri Sheikh Abdullah Sheikh Abu Bakar apabila menghalang rencananya yang menentang demonstrasi pelajar universiti pada 1970-an disiarkan sepenuhnya, sebaliknya menegaskan hanya empat daripada 12 halaman disiarkan.

“Sebenarnya saya tidaklah menyokong demonstrasi itu, tetapi saya cuba melembutkan artikel berkenaan agar beliau tidak terlalu kasar, selain kesan daripada rencananya adalah antara saya dengan pelajar sedangkan saya tahu punca demonstrasi terbabit diadakan,” katanya.

Reaksi Sheikh Abdullah terhadap tindakan A Samad itu di luar dugaannya, apabila tokoh itu masuk ke pejabatnya yang dikongsi bersama Pengarang Kumpulan NST, Lee Siew Yee, lalu mengarahkan Lee keluar dari bilik berkenaan.

Di luar pengetahuan A Samad, Sheikh Abdullah yang membimbit beg bersamanya, mengeluarkan pistol dan diletakkan di atas meja Lee sambil memberitahu beliau masih memiliki sepucuk pistol lagi, sehingga Samad bertanyakan tujuan beliau berbuat demikian.

Rupa-rupanya, dedah A Samad, Sheikh Abdullah hanya mahu mengingatkannya bahawa beliau berkuasa di syarikat berkenaan, tetapi pengarang berkenaan tidak mudah patah semangat untuk mempertahankan tindakan yang difikirkannya tepat.

Ini kerana bagi A Samad, penderitaan sebagai pengarang tidak sama dengan pengalamannya meniti zaman penjajahan Jepun pada usia belum matang dengan ancaman fizikal yang dahsyat, sebaliknya penderitaan itu berbentuk baru meskipun belum pernah dikunyah, tetapi menuntut kesabaran tinggi.

A Samad menduduki kerusi pengarang hanya dua tahun, tetapi pengundurannya itu bukan sebagai tanda tewas dan tunduk kepada tekanan dari dalam dan luar, sebaliknya hasrat itu sudah dinyatakan kepada pihak yang melantiknya sebagai syarat persetujuan menerima jawatan berkenaan.

Apabila melepaskan jawatan yang mendedahkannya kepada asam garam dan pahit manis dunia persuratkhabaran, A Samad menghambakan diri di meja sastera untuk mengangkat bidang itu, sekali gus membentuk penulis sebelum mengambil keputusan mengundur diri pada usia 49 tahun.

Sebagai sasterawan, pengalaman yang berbaur dengan peristiwa tidak menyenangkan hatinya itu terlalu menusuk naluri kepengarangannya, sekali gus mendesaknya menumpahkan pergelutan dunia kewartawanan dalam karya kreatif dengan menghasilkan novel Hujan Pagi.

Lewat Hujan Pagi, A Samad bagaikan menghantar mesej tersirat yang mencengkam sensitiviti kepengarangan pada dekad mencabar itu sambil menyimpulkan falsafah perlu ditelan oleh wartawan dengan ungkapan, “Wartawan jati jarang makan gaji tanpa makan hati.”

Bagaimanapun, A Samad masih bisa tersenyum mengenangkan sumbangannya tercatat dalam lipatan sejarah panjang tinta emas Berita Harian sebagai pengarang yang mendorong kewujudan pengarang secara rasmi di akhbar itu di sebalik catatan kewartawanan masih banyak disimpan di hatinya.

Berita Harian, 31 Julai 2007

Nazmi Yaakubnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7462251.post-1443826479826173112007-07-31T12:53:00.001+08:002007-07-31T12:54:59.547+08:00Bola sepak Iraq: Lewat sasteraHari ini, saya mahu mengajar subjek aplikasi sastera; melalui bola sepak.

Kemenangan Iraq meraih Piala Asia dengan menumbangkan gergasi bola sepak Asia, Arab Saudi dan sebelumnya Korea Selatan lewat penentuan sepak penalti dan mengejutkan Australia daripada mimpi hegemoni Barat mengandungi banyak elemen sastera.

Bermula tiupan wisel permainan pertama menyaksikan Iraq mengekang tuan rumah, Thailand di Stadium Rajamangala sehinggalah wisel penamat ditiupkan pengadil Mark Alexander Shield dari Australia di Stadium Gelora Bung Karno, Indonesia; perjuangan empat etnik Sunni, Syiah, Kurdish dan Turkoman menjulang Piala Asia adalah plot dan subplot yang mengandungi suspens, konflik, klimaks serta peleraian.

Plot mereka bermula dari awal kejohanan yang bergerak dalam permainan yang menyaksikan mereka mengikat Thailand dan Oman, masing-masing dengan 1-1 dan 0-0; menenggelamkan superioriti Australia (3-1) serta menjelmakan allergory kepada pertarungan dua negara yang mempunyai kaitan dengan kuasa imperlis Amerika Syarikat (AS) apabila mengalahkan Vietnam dengan keputusan 2-0, sebelum penjaga gawangnya, Noor Sabri muncul sebagai hero yang menafikan tendangan penalti pemain Korea Selatan dan seterusnya Yunus Mahmud melengkapkan plot dengan menjaringkan gol kemenangan untuk menewaskan Arab Saudi yang pernah dan masih berkait-rapat dengan AS.

Subplotnya pula adalah kisah setiap pemain yang mempunyai tragedi tersendiri dengan latar perang yang menjadi warna guram yang bergaul dengan kisah ancaman penculikan dan kematian anggota keluarga, selain bom yang meletup tiba-tiba.

Perlawanan dengan Arab Saudi terutamanya adalah sebahagian plot yang menyaksikan konflik mengujakan kerana setiap pasukan mempunyai tujuan yang satu; sarat dengan suspens apabila mereka menggempur kubu lawan atau pertahanan mereka cuba dirobek; diekori klimaks yang melepaskan gelora emosional apabila Yunus menanduk masuk bola ke gawang Arab Saudi, sekali gus menumpaskan garis terakhir pertahanannya, Yasser al-Mosailem dan disusuli perleraian yang sentimental apabila wisel penamat ditiupkan dengan iringan chorus lewat tembakan di langit Baghdad dan kota terdera lain di Iraq.

Tidak keterlaluan untuk meletakkan permainan pasukan Iraq menjelma sebagai konotasi kepada sebuah epik yang panjang dan bersifat melodrama, sekali gus bertindak ironi kepada realiti di negara mereka yang terdera oleh perang.

Konotasi kemenangan mereka melangkaui makna kemenangan pasukan bola sepak secara literal dalam mana-mana kejohanan hatta Piala Dunia sekalipun; dengan pasukan Iraq sebagai canon kepada jurulatih mereka, Jorvan Vieira; kalaulah canon itu ada dalam kamus bola sepak.

Epik kerana naratif yang panjang itu mengandungi perjuangan heroik yang mewakili peristiwa penting kepada negara mereka dan bersifat melodrama kerana kemenangan mereka melewati fragmen yang sukar dipercayai serta aksi yang sensasi.

Malah, tidak keterlaluan kisah mereka juga adalah tragicomedy yang menggabungkan elemen tragedi dan komedi; plotnya bermula secara serius dengan pelbagai propaganda yang gah bergentayangan di langit tetapi bertukar kepada malapetaka yang dahsyat (terrible catastrophe) sehinggalah... errr ops, yang ini sebenarnya pasal pasukan bola sepak kita, Malaysia!

Sekian subjek aplikasi sastera lewat sukan. Renung-renungkan dan selamat beramal.

Majulah sukan... err sastera untuk negara!Nazmi Yaakubnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7462251.post-59175900211113526832007-07-30T10:49:00.000+08:002007-07-30T10:55:04.173+08:00RM100,000, penyakit dan monyetSaya periksa baki akaun bank saya. Tak ada pun RM100,000. Mungkin saya patut batalkan temujanji dengan doktor untuk periksa kalau-kalau saya ada dijangkiti wabak penyakit.

Sepatutnya, kalau betul yang dikatakan: Setiap penulis blog ada duit sehingga RM100,000 dan wabak penyakit.

Okeylah monyet-monyet sekalian, monyet ini nak balik ke pokok. Dan oh ya, kalau orang yang tulis blog itu monyet, mereka yang memimpin rakyat dari kalangan monyet ini apa ya?
Nazmi Yaakubnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7462251.post-5391961805625324972007-07-16T14:21:00.000+08:002007-07-16T16:09:53.085+08:00ini bukan tontonan webcam erotikOrang putih kata backfire. Orang kita kata keris makan tuan.

Semalam, Syed Mohd Zakir Syed Othman (SM Zakir), Muhammad Lutfi Ishak, Nasury Ibrahim, Mohamed Saleeh Rahamad dan saya asyik berbual selepas Majlis Bicara Ilmu dengan judul ‘Iqbal: Sasterawan dan Pemikir Islam’ di Rumah Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena), Kuala Lumpur.

Labunnya melompat dari Hatyai, Thailand ke Dewan Undangan Negeri (Dun) Bangi, Selangor. Meloncat dari sastera ke politik. Sebelum saya bergabung dengan mereka, entah apa lagi yang isu yang mereka bincangkan.

Ok, saya berhenti sekejap untuk bercerita tentang majlis bicara ilmu itu.

Kami mula agak lambat. Gara-gara menguruskan video konferens lewat yahoo messenger. Amir Mukhriz sebagai techniannya. Saya datang agak lambat. Petang semalam -pertama kali dalam sejarah- penataran anjuran Pena dipancarkan secara lintas langsung lewat yahoo conference.

Amir Mukhriz banyak membantu. Ideanya tangkas. Bagaimanapun, masih banyak yang perlu diperbaiki. Antaranya, tidak semua peserta yahoo conference dilengkapi dengan yahoo messenger versi terkini. Menyebabkan ramai yang tidak dapat mendengar, meskipun visualnya terang-benderang.

Selain itu, setiap pengucap harus dipakaikan mikrofon yang dikepit di kemeja supaya pengucapannya jelas dan terang.

Penataran tamat jam 5 petang. Apabila Amir Mukhriz mahu matikan komputer, saya pesan biarkan saja. Maksud saya talian streamyxnya tidak perlu dimatikan. Hasilnya, Amir Mukhriz tidak menamatkan video conference dengan webcam menghala-mendada.

Ok, saya kembali bercerita tentang rakan-rakan penulis yang berlabun dari Siam ke Bangi. Dari sastera ke politik. Kadang-kala sedikit liar dan sedikit terbabas.

Dengan webcam menghala tepat ke arah mereka. Dengan video conference masih berfungsi. Dengan setiap rahsia penulis bergentayangan di ruang bilik itu.

Orang putih kata backfire. Orang kita kata keris makan tuan.Nazmi Yaakubnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7462251.post-85181100638295878072007-07-12T15:16:00.000+08:002007-07-12T15:21:22.066+08:00Sidang maya tentang Iqbal Majlis Bicara Ilmu bertajuk ‘Iqbal: Sasterawan dan Pemikir Agung Islam’ akan diadakan di Rumah Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena), Jalan Dewan Bahasa, Kuala Lumpur, 15 Julai ini, bermula jam 3 petang (waktu Malaysia).

Program ini juga akan dipancarkan melalui sidang video di yahoo messenger dengan menggunakan yahoo id penamalaysia.

Mereka yang berminat sila addkan yahoo id dengan menyatakan nama dan lokasi.

Muhammad Iqbal yang dilahirkan di Sialkot, Punjab, Pakistan pada 9 November 1877, diiktiraf sebagai penyair dunia dan pemikir agung serta dianggap negarawan pertama yang mengilhamkan penubuhan negara India Muslim yang merdeka, sekali gus melahirkan negara Pakistan.Nazmi Yaakubnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7462251.post-59776028978670258312007-07-10T15:59:00.000+08:002007-07-10T16:09:39.351+08:00makan gaji tanpa makan hatiKata-kata Sasterawan Negara (SN) Datuk (Dr) A Samad Said dalam wawancara Jumaat lalu yang bikin saya terkedu, “Wartawan jati jarang makan gaji tanpa makan hati.”

Saya pun menghidu sejarah pendek diri sebagai wartawan. Dan mengira berapakah hati yang sudah kukunyah!

Ahad lepas, saya dan Syed Mohd Zakir Syed Othman (SM Zakir) mengunyah burger di Rumah Pena, Kuala Lumpur selepas mengadakan sidang video dengan pelajar Universiti al-Azhar yang berkumpul di Rumah Johor, Hayyu Thamin, Kaherah.

Saya pun mengunyah sejarah enam tahun di Mesir. Dan mengira berapakah hati yang sudah kukunyah di sana!

Tanpa sedar dua hari hujung minggu, sering saya kunyah untuk kerja. Dan mengira dua hati di rumah, apakah sudah kukunyah juga!
Nazmi Yaakubnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7462251.post-46090029485320227742007-06-05T10:51:00.000+08:002007-06-05T12:00:56.886+08:00Travelogue London: Kajang-KLIA-Heathrow-LondonKes perbicaraan pembunuhan Altantuya bermula hari ini.

-News Straits Time, 4 Jun

Sudah di London! Perjalanan dari KLIA ke Heathrow memenatkan. Bangun seawal 4.30 pagi dan sampai di KLIA dua jam selepas itu, sebelum menanti penerbangan yang menggigit 12 jam pada 12.15 tengah hari. Dan sampai di Heathrow jam 6.15 petang, dada langit masih lagi cerah! Masih siang yang sama walaupun rasanya sudah lebih 20 jam sejak tidur pagi tadi.

Jumlah hitung hari sudah kacau-bilau!

Angin di Heathrow agak mesra. Tidak menggigilkan, tapi cukup nostalgia. Angin dengan rasa yang sama di penghujung musim sejuk di Mesir dulu. Ada rasa aneh menjentik dalam diri kala tangan angin sedikit membelai.

Jalan dari Heathrow tampak usang. Berbanding lebuh raya yang membelah bukit untuk tiba ke KLIA. Ya, lebih usang tetapi tanpa tol. Dan pemandangan kiri-kanan jalannya umpama pemandangan kiri-kanan jalan Bandar Udara (Bandara) Sokarnoe-Hatta ke Jakarta. Ada warna tempatan dengan dinding batu merah dan pagar kayu. Juga rumah-rumah dengan stail British -sudah pasti di sini tak perlu diperkenalkan dengan stail British. Dengan cerombong kecil.

Heathrow-London 1

Oo cerombong rumah kecil
pak santa yang tak lagi obesiti
membawa kotak hadiah
kini yang lebih sedikit.

Lebuh Raya M4

Heathrow-London 2

Jalan sempit
mobil berhimpit
tanpa mat rempit.

Lebuh Raya M4

Heathrow-London 3

Ini kota batu merah
di pintunya sisa darah
liku-liku jalan sejarah
untuk kita bebas singgah
sudah ramai yang rebah
merintis jalan yang bebas.

Ooo ini kota batu merah
masih ada daerah
yang belum benar-benar bebas.

Brentford

Perjalanan dari Heathrow juga seolah-olah mengalami transformasi. Dari rumah teres bercerombong dan kilang yang tampak bersih mula bersalin ke pekan kecil dengan kediaman yang merapat di kiri-kanan jalan. Dan ia makin padat apabila ditelan dalam perut London yang tampak selesa. Bas sering tersangkut tetapi oleh lampu isyarat dan bukannya kenderaan berat.

Yang paling tidak dapat dilupakan apabila bas mula mengisar di mandala Trafalgar. Tanpa menanti monumen Nelson yang cuba mencapai langit, perasaan sudah terdetik kala melihat empat singa yang enak-enak bersantai di kaki Nelson.

Ini Trafalgar. Jerit saya dalam hati.

Menulis novel Merentas Sungai Sejarah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), saya seolah-olah bercinta dengan mandala Trafalgar itu lewat teks dan foto. Justeru, bertukar pandang dengan mandala itu, menimbulkan semacam rasa aneh.

Berpusing di sekitar kota London dengan kotak telefon berwarna merah dan hitam. Juga manusia yang enak bersantai. Dan jalan raya yang sudah kembali waras. Bas dua tingkat berwarna merah yang tampak terlalu moden. Bangunan yang masih terpelihara usianya. Ada tanda ditelan zaman tetapi cepat-cepat dinafikan oleh pengubahsuaian. Kedai-kedai yang cepat mengingatkan, nilai dollar tidak bererti sangat. Lekas-lekas saya melipat duit ringgit dan menyembunyikan jauh di dalam dompet.

Kata orang, London kota terbaik di dunia.

Tapi kadang-kadang saya terasa, ada wajah Kuala Lumpur di sini. Atau itu sebenarnya perasaan manusia yang pernah satu masa dulu diperintah datuk nenek kepada si tukang sapu, tukang angkut, tukang pandu, doktor, peguam, arkitek, ahli parlimen dan perdana menteri di bumi ini.

Barangkali, dalam jiwa kapitalis kita ini, masih ada dendam yang tak pernah padam dalam diri terhadap empiralisme.

Benci tapi suka. Bukankah itu yang sering dialami oleh kita semua?

Perasaan itu hilang dengan sendiri, bila melihat katil di kamar. Itupun, hanya untuk tiga jam. Kerana pada waktu itu, sedang saya menaip catatan ini, selepas menunaikan solat subuh seawal 3 pagi, saya kembali terfikir: Apakah sebenarnya kota London yang dikhabarkan terbaik di dunia ini, adalah kiblat kepada manusia mantan terjajah?

Holborn, 4.41 pagi waktu tempatan
Nazmi Yaakubnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7462251.post-43149702923188817842007-05-24T16:24:00.000+08:002007-05-27T11:21:12.088+08:00Pengarang ‘vs’Andaikan begini: Saya, pengarang yang menulis di bawah kolong rejim pengganas Israel alias bumi Palestin yang terjarah. Subjek saya, perjuangan Intifadah Palestin dengan nafas jihad Islam. Rifel saya ialah pena. Peluru saya ialah diksi demi diksi yang menebak rejim pengganas Israel. Saya dikehendaki oleh pemerintah. Sasterawan dalam buruan.

Sekiranya begitu, apakah saya penulis sastera underground atau sastera Islam?

Sukar untuk melabelkannya, bukan? Sama sukar untuk menentukan bentuk sastera underground dan sastera Islam sekiranya kamu hadir di Dialog Pinggir Pena dengan judul ‘Sastera Underground vs Sastera Islam’ di Rumah Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena), Kuala Lumpur, Sabtu lepas.

Judulnya mengujakan! Masakan tidak, Sasterawan Negara (SN) Datuk (Dr) A Samad Said pun ‘tersihir’ untuk datang. Sementelah lagi pengarang muda dan juga blogger.

Bagaimanakah batang tubuh sastera underground? Penulis Utopia Trauma, Rahmat Harun, kata karya yang dihasilkan penulis dengan konsep do it yourself (DIY) dan pentas ekspresi mereka dari galeri hingga jalan raya.

Kalau begitu, termasuklah Neo-Hikayat, Papakerma dan ya, Sindiket Sol-jah.

Tapi Rahmat kata, dia bukan penulis sastera underground! Utopia Trauma terbit oleh penerbit di atas tanah. Dan dia menulis untuk terapi peribadi.

Graduan Universiti Malaya (UM), Muhammad Ali Atan pun tampak bingung. Dia berfalsafah: Dalam underground ada Islam. Dan dalam Islam ada underground. Ops, dejavu! Itu bukan lirik lagu M Nasir?

“Dalam awan ada hujan, dan dalam hujan ada lautan, dalam aku ada dia, dan dalam dia ada kita semua!”

Muhammad Ali pun menyitir ‘sejarah’ sastera underground. Dari penyajak kabur hingga cerpen-cerpen underground oleh Faisal Tehrani, Azman Husin dan Saharil Hasrin Sanin. Barangkali Muhammad Ali belum baca Wilayah Kutu, Goblog, Elarti dan sudah tentu Kudeta serta Kalashnikov.

Dan penulis kecil manis, Ummu Hani Abu Hassan, pula bersyarah tentang sastera Islam. Tentang pengarangnya sebagai da‘ie. Tentang pembaca sebagai mad‘u. Dan tentang karya itu sebagai dakwah.

Tapi apakah sastera Islam adalah satu bentuk yang rigid? Satu taman (atau ladang seperti yang menjadi subjek kegemaran Ummu Hani) adalah satu taman yang mempunyai seribu pantang-larang dan sisi-segi-sudutnya sudahpun diletakkan kawat duri?

Seperti yang cenderung dibentuk-bentukkan oleh sebahagian sarjana dan pengkritik sastera kita mengenai apa itu sastera Islam! Sedangkan Islam sendiri tidak datang untuk memenggal-menggal syair Arab atau mencantas-cantas prosa seperti novel dan cerpen yang barangkali datang dari tamadun lain.

Atau sastera Islam itu sendiri adalah sesuatu yang longgar asal tidak melanggar syariat dan mempunyai maksud baik?

Cuma di tengah-tengah perbincangan yang dimoderatorkan Siti Raihani Mohamed Saaid yang masih tergantung adalah apakah bentuk sastera underground yang bersifat antagonistik ‘bervs’ dengan sastera Islam yang dikatakan amat rigid?

Kerana itu, barangkali akan ada pengarang -seperti saya dan juga sebahagian daripada kamu- memilih untuk menjadi penulis sastera vs. Yang mengarang di sebalik jubah konvensional -itu pakaian kerja kita- dengan rifel bernama prosa/puisi dan peluru bernama diksi serta kata!

Kalau kamu belum kenal (dari kiri) ialah Rahmat, Siti Raihani, Ummu Hani dan Muhammad Ali.

Baca juga: ‘Definisi sastera bawah tanah gagal dirungkai’ di Berita Harian, 24 Mei 2007 dan ‘Wajarkah sastera underground dipinggirkan?’ di Utusan Malaysia (24 Mei)
Nazmi Yaakubnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7462251.post-7737522135295290752007-05-21T10:35:00.000+08:002007-05-25T10:09:10.071+08:00report card samy villaNamanya Samy Villa. Ya, ya saya tahu. Namanya persis sama dengan nama orang itu. Kamu boleh agak siapa? Siapa lagi kalau bukan David Villa, striker Valencia itu! Saya tidak tahu lagi siapa yang sama dengan namanya. Kamu kalau tahu, senyap-senyap sudahlah.

Dan Samy Villa bawa balik report card. Tentang result exam hujung tahun. Yang ada berbagai-bagai color. Meriah! Untuk minta sign ayahnya.

Bahasa Melayu (BM), Samy Villa dapat C. Masih biru. Cuma ujian lisan dapat E. Merah! Maklumlah, Samy Villa kalau bercakap, tatabahasanya tunggang-langgang. Vocab pun selalu tersilap.

Kesusasteraan Tamil, Samy Villa dapat B. Lagi pun Samy Villa boleh sikit-sikit berpuisi. Dan menyanyi. Jadi subjek Muzik pun dapatlah B juga.

Samy Villa ambil vokasional. Jadi subjeknya banyak yang vokasional.

Tapi untuk subjek Teknologi Binaan Bangunan, Samy Villa dapat E. Merah! Masakan tak, Samy Villa fail masa jawab soalan pasal bahan untuk bumbung. Sampai boleh bocor bila hujan turun. Bumbung apa yang boleh bocor kalau hujan? Bumbung kertas kot!

Subjek Pemasangan & Kawalan Elektrik pun Samy Villa dapat E. Merah lagi! Masakan tak, kalau bumbung bocor, wayering pun tentu terjejas. Ye dak?

Subjek Lukisan Geometri & Binaan Bangunan pun Samy Villa dapat E. Yalah, fail masa jawab soalan pasal binaan jambatan. Bagi jawapan dengan binaan jambatan yang boleh retak tak sampai lima tahun.

Jadi apa subjek yang Samy Villa dapat A?

Tentulah Matematik. Samy Villa suka Matematik. Dan pandai. Terutama soalan pasal peratus. Dan pasal kenaikan-kenaikan.

Bila Samy Villa bawa report card pada papanya? Apa papanya cakap? “Anakku, Samy!” Macam filem Anakku Sazali tu!
Nazmi Yaakubnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7462251.post-39353457929925852022007-05-17T10:12:00.000+08:002007-05-25T10:10:05.533+08:00kota izmir kemut-kemutIni demonstrasi terbesar. Kota Izmir kemut-kemut dengan puluhan ribu demonstran. Ia kota ketiga terbesar di Turki. Tapi demonstrasi paling besar. Lebih besar daripada demonstrasi sekularis atartukis yang fobia dengan tudung.

Ini demonstrasi para nudis. Kota Izmir kemut-kemut dengan puluhan ribu demonstrans nudis. Jantan dan betina, berkeriut-keriut. Telanjang bugil total.

Demonstrans nudis betina dengan buah dada terbuai-buai. Ada yang sekecil buah limau Mandarin. Atau buah epal. Ada yang bentuknya macam buah pear. Atau memanjang persis papaya. Lebih besar pula macam tembikai. Atau sebesar pumkin. Dan aneh bentuknya macam buah mangga, bahagian bawah melonjong.

Demonstrans nudis jantan dengan anu terbuai-buai. Dari sehalus batang pensil kepada sebesar buluh bentung. Tapi kebanyakannya kurang lebih seperti kranyon. Atau paling besar pun buluh Cina saja. Ada seorang dua yang boleh diukur dengan buluh bentung.

Ini demonstrasi para nudis. Membantah manusia yang memakai baju, seluar, kain, gaun, blouse, cheongsam, sari, baju kurung, kebaya, jubah, sut, kain dalam, bikini, bra dan panty.

Dan membantah demonstrans sekularis atartukis yang hanya membantah tudung. Alang-alang haramkan tudung, haramkan terus pakaian.

Mereka berdemonsrasi dua tiga jam. Tambah lagi dua tiga jam. Lepas tu bubar. Berdemonstrasi benda lain pula.

Esoknya, ada satu lagi demonstrasi. Kota Izmir kemut-kemut dengan puluhan ribu demonstran. Ia kota ketiga terbesar di Turki. Tapi demonstrasi paling besar. Lebih besar daripada demonstrasi sekularis atartukis yang fobia dengan tudung. Lebih besar daripada demonstrasi para nudis.

Kali ini, demonstrasi spesis babi. Yang betul-betul tak pakai baju. Bulat, licin dan berkilat.

Jurucakap demonstrans spesis babi itu pun menjerit: KAMI TAK MAU JADI BABI LAGI. KERANA KAMI MAU PAKAI BAJU.
Nazmi Yaakubnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7462251.post-46258993311448704392007-05-08T14:26:00.000+08:002007-05-25T10:10:25.702+08:00bercakap dengan hantu, yang boleh mengundiSebenarnya, saya agak segan untuk membuat pengakuan ini. Belum berlaku pada umat manusia, apa yang saya alami. Tetapi kebenaran ibarat lalat yang terperangkap dalam mulut. Kita harus bebaskan lalat itu daripada berdengung sepanjang masa.

Walaupun kereta saya sering ditumpangi hantu, belum pernah hantu lelaki. Entah mengapa dalam sejarah mistik dan misteri umat Melayu, hantu lelaki tidak menumpang kenderaan. Barangkali sejarah chauvinis lelaki. Atau kedudukan wanita dalam tradisi Melayu. Atau mungkin lebih mirip kepada unsur gay. Kemungkinan ketiga itulah yang saya bimbangkan digembar-gemburkan oleh spekulator blog. Misalnya Naga.

Ceritanya begini: Dua minggu lalu, saya berpulang dari satu tempat pada satu tengah malam. Seingat-ingat saya, malam itu juga adalah pengiraan undi di Ijok. Siangnya adalah hari mengundi.

Ketika itulah, hantu berkenaan muncul. Tanpa takmaninah, hantu itu terus melompat ke seat sebelah saya. “Opocot. Jambatan retak! Tol naik! Jalan berlubang! Siling jatuh! Paip bocor! Bangunan rekah! Kau tak mampus-mampus!” Latah saya menjadi-jadi.

“Bro, sorrylah aku tumpang tak bagi salam. Hantu mana boleh bagi salam. Nanti terbakar!” Balas hantu itu dengan penuh berbudi bahasa. Mesti dulu pernah terbabit dengan kempen budi-bahasa. Dan kenal dengan orang yang aktif dengan kempen itu. Misalnya Nida.

“Tapi hantu wanita selalu lambai-lambai. Tak adalah terus melompat! Kau ni dari mana?” Saya kembali menumpukan perhatian pada pemanduan. Kerana hantunya jantan, fokus saya tidak terganggu. Kalau yang perempuan, mungkin jeling-jeling. Maklumlah, hantu pun macam manusia. Suka mengenakan pakaian yang vogue. Misalnya Amyz.

“Aku baru balik mengundi ni. Sekali tertinggal bas. Itu yang aku main lompat je mana-mana kereta,” kata hantu itu membuka kotak rokok, lalu mengeluarkan 12 batang rokok dan mengunyahnya dengan gelojoh, sebelum menyambung, “Rokok free ni dorang yang bagi. Saguhati mengundi.”

“Siapa yang tersingkir?” Tanya saya selepas menolak pelawaan rokok itu. Saya bukan saja pemakan rokok, bahkan bukan juga penelan asap seperti kawan-kawan saya yang lain. Misalnya Jigo.

“Biasalah, orang yang tersingkir mesti yang ada potensi tapi tak dapat banyak undi. Lainlah kalau banyak duit, boleh dapat banyak undi. Tiba-tiba je dapat undi sebanyak-banyaknya.” Jawab hantu itu sambil terbatuk-batuk.

Hantu itu mengenakan kemeja dengan logo orang naik kuda sambil hayun kayu. Dia berambut panjang. Yang dibiarkan bebas mencecah bahu. Sesekali terkacau oleh angin yang menyerbu masuk melalui tingkap kereta yang terbuka. Rambutnya agak lembut. Macam rambut manusia yang sentiasa disyampu. Misalnya Vovin.

“Sayanglah kalau yang ada potensi tapi kalah. Dorang ni buta ke nak buat pilihan?” Dengus saya, emosi sedikit terganggu.

“Itulah, kononnya orang kita sudah bijak memilih. Tapi poorah!” Hantu itu menghayun-hayun tangannya. Seperti orang yang bersyarah dalam tivi. Misalnya Karam Singh Walia.

“Eleh... kau pun tak undi yang ada potensi kan?!” Sergah saya, memulangkan paku buah keras pada hantu itu.

“Eh... ampun bro! Dah dorang bagi top-up kredit. Terpaksalah saya undi peserta AF yang dorang nak.” Hantu itu mengaku.

“Chit poorah! Kerana orang macam kau nilah, Aizat tersingkir!” Herdik saya lagi, bikin hantu itu terkulat-kulat sambil tersengih-sengih.

Di radio, ada pengumuman keputusan pilihan raya kecil Ijok: Calon BN, K Parthiban kalahkan calon Keadilan, Khalid Ibrahim dengan majoriti 1,850 undi.

Saya mengecilkan mata, lalu bertanya: “Psss... sedara mara kau ada mengundi kat sana?”

Hantu itu terseringai, penuh makna. Dan kereta saya terus membelah malam di MRR2 yang penuh misteri itu!
Nazmi Yaakubnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7462251.post-66488155846257711942007-04-23T14:28:00.000+08:002007-05-25T10:10:55.999+08:00doa yang tidak harus dicontohiArakian tersebutlah kisah di sebuah negeri di atas angin yang terlalulah sangat korupnya sehingga bukan saja parti pemerintahnya, bahkan parti pembangkangnya pun menawarkan projek pembangunan berjuta-juta dinar setiap kali berlaku pemilihan datuk penggawa daerah bila berlaku satu-satu kematian si pulan bin si pulan yang menduduki kerusi itu.

Lalu, berdoalah seorang hamba Allah yang berhati lurus bendul dan berotak tiga suku dengan terkenallah ia akan si pulan yang bodoh-bodoh alang dengan satu doa yang tidaklah ada disebut dalam mana-mana kitab kuning yang ditadah di setiap masjid, surau dan balaisah dari arah masyrik hingga kaki maghrib negeri itu tetapi kerana tidaklah dia mengetahui barang mana yang benar dan barang mana yang salah.

Adapun doa si hamba Allah itu ialah: “Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami memerlukan jalan raya yang lurus terbentang, api dalam kaca yang menerangi setiap pelosok daerah, air dalam besi yang menyelirat di bawah bumi kami, balai raya yang luasnya saujana mata memandang dan beratus-ratus bangsal untuk kami menumpang teduh. Wahai Tuhan kami, maka matikanlah datuk penggawa daerah kami supaya nanti mencurah-curahlah projek berjuta-juta dinar ke daerah kami sempena pemilihan datuk penggawa daerah yang baru!”

Arakian haruslah disebut seperti yang dinyatakan dalam kitab kuning, adapun doa itu walaupun ada benarnya, tidaklah harus diikuti.

Tammat.Nazmi Yaakubnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7462251.post-33990052230684155742007-04-18T11:45:00.000+08:002007-05-25T10:11:31.835+08:00bagaimana taukey jamban jadi bilionerSepatutnya, kita bina jamban merentangi Sungai Terbau1. Jamban paling moden. Paling canggih. Bersambung dengan titi lama, menghubungkan kampung kita dengan kampung seberang.

Teorinya: Pengguna titi yang sakit perut dan cirit-birit, tak perlu terkecoh-kecoh balik rumah. Hanya perlu masuk jamban paling moden itu. Dan lepas, sambil kacip gigi kuat-kuat.

Teknikalnya: Sekali ketul-ketul plup masuk ke mangkuk, terus proses2 jadi kiub-kiub kecil berwarna perang kehitam-hitaman. Terus buang ke sungai untuk makanan ikan talapia. Nanti eksport ke Eropah. Kalau buang air kecil pula, terus proses osmosis3 jadi air suling. Dan boleh eksport ke kampung seberang sebagai air minirel. Yang dibotolkan.

Malangnya jamban terapung di Sungai Terbau itu tidak jadi. Kecoh-kecoh juga. Sekejap timbul pasal bekalan air. Juga pasal pasir sungai. Entah mamat mana yang bising pula pasal kedaulatan. Yang pentingnya, jamban paling moden dan canggih yang dapat jana ekonomi kampung dengan kiub plup makanan ikan talapia serta air kecil diosmosiskan jadi air suling dibotolkan yang terapung di Sungai Terbau: BATAL!

Oleh kerana kampung kita batalkan projek, maka kampung pun kena bayar pampasan ratus-ratus juta kepada taukey jamban yang tidak jadi itu! Yelah, jengkorek jentolak jengkaut tersadai kat tepi sungai tu kan mahal harganya. Itu belum dikira untuk subkontraktor batu marmar dari Itali, subkontraktor dinding jamban, subkontraktor alat pendingin hawa dan subkontraktor ikan talapia.

Arakian, demikianlah taukey jamban jadi bilioner. Wassalam.

Nota terompah jamban

1. Kononnya Sungai Terbau mendapat nama kerana ramai yang kurang kesedaran sivik melepas di tebing sungai, sampai terapung-apunglah ketul-ketul perang kehitam-hitaman, kekuning-kuningan dan kadang-kala kehijau-hijauan sehingga semerbaklah bau-bau di sepanjang sungai itu. Maka mendapatlah nama sungai itu akan Sungai Terbau.

2. Adapun proses mengubah ketul plup menjadi kiub makanan ikan talapia amatlah rumit dan ruwetlah ia. Hingga ia sukar diterangkan hatta berdasarkan cetakan biru sekalipun. Yang penting, proses yang menelan juta-juta itu boleh menaikkan nama kampung di kaca mata dunia.

3. Adapun proses osmosis ini tidaklah ada bezanya dengan proses osmosis untuk air suling yang kita minum sehari-harian. Cuma, kampung kita berjaya menyumbat alatnya untuk diletak di bawah jamban. Wooo!
Nazmi Yaakubnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7462251.post-7860637103091896482007-04-11T11:24:00.000+08:002007-05-25T10:12:03.743+08:00bercakap dengan pontianak: gigit-menggigitTiba-tiba pontianak malam itu SMS saya: ‘Jom jmpa mlm ni. Jgn lupa bwk bukunota&tape recorder. I nak bg statement.’

Saya pun bawa pontianak itu makan. Saya pesan teh tarik dan dia mau abc. Tapi bukan dengan sirap merah. Gantinya darah kambing.

‘Masa hidupnya dia mungkin penganut blackmetal.’ Tohmah saya dalam hati, merujuk fakta dalam akhbar tabloid. Yang juga suka siarkan cerita hantu. Selain cerita artis sensasi dan seksi.

Pontianak itu -dia perkenalkan diri sebagai Maya- mengenakan kebaya Kelantan. Wajahnya -kali ini saya lebih bebas menyeluruhi wajahnya berbanding malam itu- ayu dengan hidung kecil-tirus, bibir delima tipis dan leher jinjang. Di belahan dada suburnya, ada kain tipis tersangkut. Agak samar-samar tetapi boleh dilihat. Tentu dibantu dengan sedikit khayalan nakal.

Kamu boleh bayangkan Maya seperti Fasha Sanda, sekiranya mau. Atau Maya Karin. Eh, bayangkan kecantikannya. Bukan bayangkan dadanya! Bukan apa, dadanya tidak terbanding!

“Oh, kali ini tak seksi macam malam itu.” Puji saya, mematikan suis khayalan nakal saya. Takut-takut terbabas.

Maya si pontianak ayu itu mengilai. Di hujung hilaian itu, ada ghairah menggigil, sebelum menjawab: “Ah, biasalah. Maklumlah, kami kan hantu. Pakai pun macam hantu.”

Maya mengorek abcnya. Menyuakan sudu ke bibir, lidah Maya yang agak panjang itu menjilat abc berdarah kambing itu. Ada gabungan seksi dengan seram pada kelakuannya. Atau gothic.

Saya mencicip teh tarik dan mereguk air suam itu bersama-sama sedikit ghairah, lalu berkata: “Kamu mesti tak ada darah tinggi.”

Maya tersenyum dan saya seperti ternampak gigi taring-tajam-tirus di celah bibirnya. Senyuman itu menghimpunkan seram dan seksi: gothic.

“Kawan-kawan you,” kata Maya sambil mengelap darah di hujung bibirnya, “Bertanya tentang gigit-menggigit dalam blog you.”

Darah saya menyirap tiba-tiba, sekali gus bulu roma meremang di tengkuk. ‘Celaka aku kali ni. Ni Rasso, Lanrambai dan Jigo punya statement. Habislah aku kena gigit!’ Gigil saya dalam hati.

“Janganlah bimbang. I tak gigit you. Kalau I gigit pun, sikit saja. Tak luak pun darah you.” Balas Maya, menerobos fikiran saya.

“Boleh ke pontianak gigit orang, tapi tak mati?” Tanya saya, sedikit naif dan sedikit ghairah (baca: ingin tahu).

“Boleh. Tapi kena saling gigit-menggigitlah!” Jawab Maya, hilaiannya menggigilkan malam. Roma saya makin meremang. Entah seram. Entah ghairah (kali ini baca: ghairah).

Saya merasa-rasa kerongkong. Maya, malam ini, lebih berani.

“Tapi you tak nak jadi pontianak jantan, kan? Kalau nak, kena saling gigit-menggigit. Kira-kira macam proses kaderisasi. Protokol pontianak sedunia.” Terang Maya, menyapu-nyapu kain perca yang melindungi belahan kebaya Kelantannya. Saya mengharap nakal, kain perca itu tertanggal.

“You gigit leher orang tu dan orang tu gigit leher you, baru orang tu jadi pontianak. Begitu?” Kata saya, menyeluruhi Maya. Kebaya Kelantan Maya agak ketat, menyerlahkan pinggang yang ramping dan pinggul yang padat.

“Kurang lebih begitulah. Tapi I nak jumpa you ni, nak jawab komen kawan-kawan you.” Balas Maya, memain-mainkan renda di dadanya. Dada baju kebaya Kelantannya.

“Tanya pada Rasso, mana dia tahu I ni virgin lagi?” kata Maya sambil mengilai dan menyambung, “Lanrambai boleh tahan gatal ya. Yang sedap tu I yang menggigit, bukan yang kena gigit.”

Maya menggigit bibir dan saya terasa tengkuk sedikit gatal, lalu dia berkata: “Tak baik Pa’chik kata kat menteri lagu tu. Kalau betul menteri tu buat, dah lama I gigit dia tau! Pesan kat Aswarawiri dan BP, I ada juga tumpang kereta mereka. Tapi tak nak tegur, takut member tu terjun parit!” Maya mengilai lagi. Senang hati pontianak malam ini.

“Bagi tahu pada Vovin, dulu you bukan jumpa dengan I. Dan pada Muna, pontianak Melayu memang bersopan-santun. Tak macam vampire kat Eropah.” Tegas Maya, memperbetulkan simpuhnya. Mungkin dia lenguh.

“Jigo pun boleh tahan nakal ya. Kan I suruh bestfriend I, hantu kopek kacau dia,” seringai Maya menampakkan gigi tersusun cantik termasuk taringnya, lalu menambung, “Pada Raden tu, kita orang tak pakai dah paku-paku ni. Kalau nak, bagi mas kahwin duit dengan nombor pelik-pelik dan kereta sport sebuah.”

“Err... tentang soalan Inilah Saya pasal apa yang jadi pada kita malam tu?” Tanya saya selepas membelek buku nota ke halaman kosong.

“Oh, yang itu biarlah rahsia!” Balas Maya, mengilai lebih panjang. Lebih seksi. Saya pun turut ketawa terpikal-pikal, sambil menutup leher yang sedikit lebam.

Entah love bite. Entah vampire bite!
Nazmi Yaakubnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7462251.post-6992287412840587712007-04-06T11:04:00.000+08:002007-05-25T10:12:25.550+08:00bercakap dengan pontianakTiba-tiba, ada seekor hantu cun tumpang kereta saya. Kala dalam perjalanan balik dari mengeteh dengan Mat Jan dan Vovin di Wangsamaju, malam Ahad lalu.

Saya syak, pontianak. Kerana dia tidak mahu dedahkan identitinya. Dia mengenakan gaun ala kemban kaler putih. Seksi. Lebih seksi daripada Fasha Sanda. Gaun itu mendedahkan leher dan bahu, menimbulkan sebahagian dada yang bersih dan putih. Lagi putih daripada Maya Karin.

Kisahnya begini: Mat Jan tidak mahu tumpang kereta saya. Dia pilih Vovin. Mat Jan kata, tuan rumahnya hanya kata jangan bawa balik perempuan. Bawa balik lelaki tak ada pula larangannya. Tapi saya tidak kata Mat Jan bawa balik Vovin. Mat Jan tumpang kereta Vovin.

Kereta kosong dan jalan yang keras: sasaran tepat bagi seekor hantu. Dan seperti dalam mana-mana cerita hantu, hantunya mesti cun. Seksi hanyalah sebagai bonus.

Saya pun tidak kisah. Bukan kerana dia hantu yang cun lagi seksi. Tapi dia dah perkenalkan diri terlebih dulu sebelum tumpang. Hantu yang perkenalkan diri dulu adalah hantu yang baik.

“Hai, I pontianak. Boleh tumpang? I janji tak gigit you!” Kata pontianak itu, sebaik saja saya turunkan cermin kereta.

“Err... bolehlah.” Balas saya, mata lebih kepada dadanya yang mekar. Seperti tembikai susu.

“Berani juga you tumpangkan I ya. I dah lambai dua tiga kereta, semua tak nak berhenti. Mentang-mentanglah I ni pontianak.” Katanya sebaik saja melabuhkan punggung ke kusyen. Dia membetul-betulkan bahagian atas gaunnya, sekali gus menggigil-gigilkan dadanya.

Saya meneguk liur, lalu membalas: “Tapi kalau saya tak berhenti, awak boleh terus masuk saja, kan? Atau awak terbang di sebelah cermin kereta saya.” Saya tidak lagi memandang dadanya. Saya pemandu yang berhemah. Lagipun, lama-lama pandang dada, nanti kereta masuk longkang. Atau langgar pembahagi jalan. Dan kemudian masuk paper. Malunya!

Pontianak itu mengilai. Merdu. Lebih merdu daripada Siti Nurhaliza. Wah, pontianak ini memiliki pakej. Kalau kepalanya dipaku, tentu industri hiburan kita akan bergegar. Semua pakat-pakat nak ambil dia berlakon. Bukan saja filem, bahkan drama bersiri dan telenovela. Kemudian buat album. Kemudian jadi pengacara.

“Awak kan boleh terbang. Pasal suka tumpang kereta orang?” Saya berbasi-basa. Sempat juga menjeling wajahnya. Pontianak itu sedang menyapu darah di hujung bibirnya. Dan menyapu-nyapu darah di dadanya. Sumpah, saya tidak lihat dadanya. Saya hanya lihat sapu tangan di dadanya.

“Bolehlah terbang. Tapi dekat-dekat saja. I nak balik Seri Kembangan. Jauh tu.” Balas pontianak itu sambil menjilat-jilat bibirnya. Lidahnya agak panjang.

“Habis tu tak balik sendiri?” Tanya saya, membersihkan kerongkong saya.

“Manalah kita orang ni ada duit, bang! Minyak dahlah mahal. Tol lagi. You ingat jadi hantu ni ada gaji ke?” Sanggah pontianak itu, kembali membetul-betulkan gaunnya, sekali gus menggigil-gigilkan dadanya. Seperti papaya terbuai-buai ditiup bayu.

“Semua hantulah tumpang kereta orang, ya?” Tebak saya, mengembalikan pandangan ke depan. MRR2 masih dihuni kenderaan. Entah berapa yang ditumpang hantu.

“Taklah semua. Ada hantu yang ada gaji. Macam toyol. You pernah dengar toyol tumpang kereta?” Tingkah pontianak itu, bermain-main dengan kukunya yang berkaler ungu. Agak panjang dan sedikit runcing.

Saya geleng dan pontianak itu menyambung: “Sebabnya toyol ada gaji dan elaun pengangkutan setiap kali buat operasi curi duit. Kadang-kadang tuan punya toyol tu bagi kad Touch n Go. Ada juga yang pakai smart-tag. Ni yang Samy Vellu suruh buat baru tu pun, nanti toyol pun pakai juga.”

“Lagi, hantu mana yang tak tumpang kereta lagi?” Tanya saya lagi, bahu saya terhimpit ke arahnya kerana masa turun fly-over melintasi Ampang.

“Hantu penanggal sebab stamina terbang dia kuat.” Balas pontianak itu, melarikan sedikit bahunya daripada saya.

“Tapi dah jarang berita pasal hantu penanggal sekarang?” Soal saya sambil memperbetulkan kedudukan.

“Banyak dah pupus. Sekarang ni kan banyak kabel letrik dan telefon. Tersangkut kat kabel, terutama letrik. Kena karan. Tak sempat nak hantar hospital. Ye lah, tak semua hantu ada kenderaan.” Terang pontianak itu.

“Saya tahu hantu mana lagi yang ada duit.” Kata saya, tiba-tiba.

“Hantu mana bang?” Tanya pontianak itu.

“Pengundi hantu!” Saya gelak sendiri.

Pontianak itu mengilai lagi, lalu menyambung: “No komen. I tak involve politik-politik ni!”

Kami pun sampai ke Seri Kembangan. Pontianak itu pun turun selepas mengucapkan terima kasih. Saya pun balik rumah.

Hem... boring kan cerita pontianak yang tak gigit orang ni!
Nazmi Yaakubnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7462251.post-15084969331208737912007-03-29T12:50:00.000+08:002007-05-25T10:12:53.908+08:00dulu tabung buluh, kini tabung plastik lutsinar
Wang beli kuasa
kuasa beli wang.

Wang bikin kuasa
kuasa bikin wang.
Puisi gemulah T Alias Taib, Politik, sayup-sayup dari luar tingkap. Mungkin abang penyair yang suka cakap dan baca kuat-kuat di rumah sebelah deklamasikan.

Abang Ngah sedang buat tabung duit untuk kami. Tabung duit yang lama sudah uzur. Tabung dulu dibuat daripada buluh. Dipotong lebih sikit antara dua ruas buluh. Ditebuk di bahagian atas selebar lebih sikit duit syiling 50 sen. Dibuat tali untuk mudah gantung di dinding.

Kami masukkan duit sekali-sekala. Secara berkala kalau ikut bahasa buku. Dan kami serahkan pada Abang Long. Untuk simpan dan labur, janji Abang Long.

Tapi Abang Ngah kata tabung itu sudah uzur. Abang Ngah buat tabung baru. Dari plastik lutsinar. Orang di negara maju sudah lama guna tabung plastik lutsinar, kata Abang Ngah. Sebab mudah untuk tengok sendiri jumlah duit, sambung Abang Ngah lagi.

Kami tak kisah guna tabung buluh atau plastik lutsinar. Cuma yang kami kisahkan duit yang kami simpan. Abang Long janji mahu simpan dan labur. Atau untuk kegunaan harian.

Sampai ke hari ini, duit yang kami simpan itu tak tahu ke mananya. Cuma sesekali Abang Long buka buku. Buku bank, tegas Abang Long. Tapi kami tengok macam buku 555 saja. Entahlah, Abang Long tunjuk sepintas lalu saja.

Kami tak kisah tabung buluh ke, tabung plastik lutsinar ke. Janji duit kami masuk, simpan dan labur dalam bank. Dengan buku bank betul. Bukan buku 555. Tunjuk betul-betul. Bukan tunjuk sepintas lalu. Atau marah-marah bila kami tanya banyak kali pasal duit simpanan itu.

Bila tabung plastik lutsinar siap dan dapat guna tak lama lagi. Kami mahu pastikan duit yang masuk dikira betul-betul, disimpan betul-betul dan dilabur betul-betul.

Ketika Abang Ngah tunjuk prototaip tabung plastik lutsinar itu, penyair rumah sebelah selesai deklamasi puisi gemulah T Alias Taib. Kali ini, dia baca paper dengan suara kuat-kuat: “Peti undi lut cahaya. SPR mula guna pada pilihan raya umum akan datang.”

Puarghhh!!! Entah pasal apa penyair tu menempik.
Nazmi Yaakubnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7462251.post-13998057532079748162007-03-26T09:55:00.000+08:002007-05-25T10:13:42.398+08:00dengan farung, mahu kujejak runut sejarah dengan api ghairah?Di dada akhbar terdampar atas meja sebelah, ada berita dua menteri berbantah. Tentang kerusi. Dan sejarah.

Di dada Farung terentang di depan, saya kira perasaannya bertingkah. Ya, namanya aneh sekali. Tapi wajahnya langka. Malah, mongel meta. Semongel Miss Thailand Universe. Dan nama mereka persis, Farung. Cuma di depan saya, bukan Farung Yuthithum. Tapi Farung Yuzmizan.

Farung yang ini, bertudung. Ghairah terletak. Dengan hujung tudung, digubah bunga di leher kanan. Sekali gus, menyerlah leher putih dan membongkar sebahagian dada bersih. Garis leher V blaus lelilitnya menirus tajam menikam pangkal alur di dada mekar itu. Runut membelah bukit ranum yang kekal misteri pada saya. Hingga ke saat ini.

Kali ini, perasaan saya pula bertingkah!

“Sejak kau memilih lelaki itu,” kata saya sambil mereguk liur, “satu dekad kita tak pernah bersua.”

Farung memilih diam, menggigit bibir dan tersenyum manis. Dia menyedut jus oren segar; sebaris gigi putih tersusun sempat mengintai sebelum belahan bibir penuh mengepit straw.

“Memilih menjadi madu dan kau terlempar di satu sudut. Mengiya setiap keputusan, sekali gus menyerahkan hak pemutus.” Desak saya, mengelak dari menjeling tali blaus tersimpul di kanan pinggang yang ramping. Namun, jelingan saya terbabas pada pinggulnya yang sintal.

Mengingatkan isteri di rumah, saya merapikan pandangan. Pada wajah Farung yang redup.

“Kau masih terluka? Berdendam pada suamiku? Atau masih cemburu?” Tingkah Farung; membasahkan bibir dengan hujung lidahnya. Saya menghalau khayalan nakal.

“Terluka mungkin. Berdendam mungkin. Cemburu, mungkin tidak.” Balas saya, meletakkan sandwich tuna yang tergigit di hujung.

“Kenapa tidak?” Tanya Farung, hujung telunjuknya menyurih pangkal dada. Seekor lalat -saya kira jantinanya jantan- mengelak lari. Lalat mana dapat menahan nafsu daripada hinggap di lembah terdedah.

“Kerana akhirnya kau mencari aku.” Balas saya selepas lalat itu teroleng-oleng dan kemudiannya hilang.

Farung mengeluh merdu, lalu berkata: “Barangkali dia sudah terlalu tua. Maduku yang lebih tua selalu menuntut. Nafkah yang lebih banyak. Masa yang lebih panjang. Malah, jumlah sofa pun mahu ditambah.”

“Dan kau madu paling muda selalu mengalah. Hingga kau rasa sudah cukup beralah?” Tebak saya.

“Aku wanita muda. Ya, aku juga perlukan sofa di ruang tamu. Tapi lebih penting, aku pun perlukannya. Sebagai suami. Sebagai suami yang betul-betul lelaki!” Balas Farung lebih terbuka. Mengingatkan Farung bukan lagi dara yang sering malu.

“Dan kalau aku tidak boleh mendapatkan semua itu melaluinya, mengapa tidak aku dapatkan daripada orang lain? Misalnya kau!” Wajah Farung merah. Bukan kerana malu. Bukan juga kerana ghairah. Tapi kerana marah.

“Aku... aku tak punya banyak sofa untuk diberikan!” Saya sedikit tergagap, tetapi masih sempat bercanda.

Farung mengeluh, lalu menggoda: “Kau takutkan isteri di rumah?” Jelingannya memanggil. Begitu juga dadanya. Juga runut membelah bukit yang masih menjadi misteri.

“Bukan,” nafi saya senaif para suami yang lain, “Aku suami yang boleh membuat keputusan. Tapi aku perlu menimbangkan banyak perkara.”

“Kitakan punya sejarah. Sejarah yang ghairah. Mengapa tak kita bakar kembali api itu?” Goda Farung, telunjuknya menguis lalat jantan yang terlena di dada.

“Dan kau sanggup menanggung apa-apa risikonya?” Tingkah saya, mengambil posisi lebih aktif.

“Kalau itu untuk menjadi seorang wanita, apa salahnya!” Balas Farung.

“Termasuk kehilangan kemewahan yang kau ada. Tanpa rumahmu. Tanpa sofamu.” Serang saya.

Farung mereguk liur.

“Kau boleh bertingkah dengan madumu. Dalam rumahmu. Tapi bila kau mencari lewat lelaki lain, tidak ada suami yang akan berdiam diri. Walaupun, kau lihat dia sering tertidur.” Balas saya, memanggil pelayan dan meletakkan kad plastik di dulang kecil.

Sebaik saja pelayan itu memulangkan kad plastik bersama-sama resit, saya pun berkata: “Kalau kau rasa masa depanmu tak ada di rumah itu, lalu kau keluar dengan cara terhormat, hubungilah aku. Aku akan perkenalkan kau pada isteriku.”

Farung terkedu di kerusi.

Saya bangkit, lalu menambah: “Tapi di rumahku tak banyak sofa yang ada. Mungkin kau perlu kembali belajar bersimpuh.”

Saat saya meninggalkan Farung di kafe itu, saya dapat rasakan Farung tak mungkin menghubungi saya lagi. Dan runut membelah bukit ranum itu akan tinggal misteri pada saya. Walaupun ia mungkin dijejaki orang lain!

Di kaca tivi, dua menteri itu masih berbantah. Tentang kerusi. Dan sejarah.
Nazmi Yaakubnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7462251.post-75370568654603226712007-03-22T11:26:00.000+08:002007-05-25T10:17:29.511+08:00silap mataDulu, kita hanya kenal David Copperfield. Selalunya dalam TV3 pada hari raya. Masa itu mana ada AXN. Mana ada David Blaine. Atau Chris Korn dan JB Benn dalam Mondo Magic. Paling-paling pun ada, ahli silap mata dalam pertunjukan sarkis bila ahli silap mata keluarkan arnab dari topi atau gergaji perempuan seksi dalam kotak. Juga selalunya dalam program hari raya pertama.

Kita kata itu sihir. Tapi abang dan kakak kita kata itu sains. Sains kepala hotak apa kalau boleh tembus Tembok Besar Cina. Tapi kita diamkan kerana orang lebih tua selalu betul.

Satu hari, David Copperfield datang ke Malaysia. Kecoh kita di sekolah. Kemudian, ada kawan bawa cerita yang David Copperfield buat permintaan pada dukun dan bomoh di Malaysia supaya jangan patahkan silap matanya. Dia datang nak berniaga. Bukan nak kacau orang. Kononnya lagi dukun, bomoh dan pakar lawan jin, hantu dan setan pun setuju tak nak buat mentera untuk benteng silap mata David Copperfield.

Kononnya David Copperfield nak hilangkan Jambatan Pulau Pinang. Dan kononnya lagi, PM kita tak bagi. Kalau terus hilang, siapa nak ganti? Konsensi tol pun makan puluhan tahun! Jadi David Copperfield hanya dapat hilangkan Dayabumi. Yalah, masa itu Dayabumilah puncak tertinggi di KL. Masa itu mana ada Menara Berkembar Petronas. Tapi kalau adapun, mesti PM tak bagi juga.

Sekarang kita sudah tidak dengar David Copperfield lagi. Dia masih main silap mata lagikah? Tapi tak kisah. Kerana kita sudah dewasa. Lagipun, kita ada AXN, channel 17 Astro. Boleh tengok David Blaine. Atau Mondo Magic. Atau The Mentalist. Tak pun boleh tengok Misi XXRay. Eh, silap. Itu sains fiksyen. Bukan sihir.

Tapi kalau David Copperfield ada, kita bukan nak suruh ubah kertas undi atau peti undi. SPR bukan ahli silap mata. Cuma pembangkang anggap SPR macam ahli silap mata. Sebab kononnya hantu pun boleh mengundi.

Kalau David Copperfield ada, kalau boleh kita nak minta dia hilangkan semua plaza tol. Pembangkang tentu suka. Pengguna lebuh raya pun suka, agaknyalah. Tapi yang tak suka, mungkin menteri hitam manis yang jaga lebuh raya, jalan raya, bangunan dan syarikat konsensi tol.

Kalau David Copperfield sanggup, agak-agaknya dia mesti minta izin bukan saja dari dukun, bomoh dan pakar lawan jin, hantu serta setan, tapi dia kena jumpa dan minta izin dengan menteri hitam manis dulu.
Nazmi Yaakubnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7462251.post-51016507841500963662007-03-20T10:20:00.000+08:002007-05-25T10:18:59.020+08:00sebuah roadblock di lorong nan sunyiOk, ok aku faham. Tanggungjawab polis ialah menangkap penjenayah, bukannya melindungi penjenayah. Tak perlu Daniel dan Inspektor Fauzi ulang skrip. Aku sudah FAHAM!

Cuma yang aku tak faham adalah bila penjenayah paling berbahaya dapat loloskan diri tapi masih dalam parameter Lembah Klang (ini quotation pegawai besar polis dalam meeting tergempar), pasal apa polis yang diketuai ketua penyiasat, Inspektor Fauzi buat sekatan jalan di sebatang lorong sunyi di tepi sebuah perumahan (aku syaki Taman Tun Dr Ismail!)? Kenapa bukan jalan utama yang lain?

Dan bagaimana si Ariel boleh larikan Taji ketika keluar dari mahkamah? Apakah MO Ariel?

Mari aku gambarkan situasi yang mungkin berlaku: Dalam van biru yang akan bawa si Taji tu, sekurang-kurangnya sudah ada dua polis termasuk pemandu di bahagian hadapan van. Taji masuk, diekori seorang pegawai polis pengiring. Katakan si Ariel berjaya tendang pegawai polis pengiring keluar dan katakan juga dia tumbangkan dua tiga polis lagi, tetapi bagaimana neraka itu (terjemahan: how the hell) si Ariel dapat berlari ke bahagian depan untuk tarik polis pemandu dan tolak co-pilot keluar?

Dalam satu hingga dua saat (sebabnya masa Inspektor Fauzi borak-borak dengan pegawai polis, keadaan tenang kecuali satu dua saat terakhir - satu lagi pasal apa si polis tu bagi laporan pada Inspektor Fauzi masa tu?), bagaimana mungkin si Ariel buat semua itu? Melainkan Ariel sebenarnya ialah Space Cop Gaban yang boleh berubah dalam masa 0.05 saat!

Ok, aku faham. Ini bukan hanya Misi XXRay, tapi juga The Origin of Space Cop Gaban!
Nazmi Yaakubnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7462251.post-1772587986258271342007-03-08T10:35:00.000+08:002007-05-25T10:19:21.204+08:00salahkankuDi kaca televisyen, seorang menteri hitam manis mengomel, “Kita salah, kontraktor yang salah, subkontraktor salah, orang yang bagi tanah itu pun salah. Kementerian Kesihatan saja betul.”

Uncle Muthusamy tidak hiraukan berita tentang menteri hitam manis di kaca televisyen itu. Dia ada perhitungan lebih penting daripada berita itu.

Uncle Muthusamy sudah muncung mulut. Teh tarik Mamak Merican tak disentuh. Dibiarkan busa-busa teh itu meletup-letup dan hilang di udara. Dalam gelas plastik yang usang dengan garis seolah-olah retak, teh yang sudah ditarik tinggi-tinggi itu jadi makin sejuk. Tapi hatinya makin panas. Terperap.

Sebagai AJK kampung yang diberi tanggungjawab dalam bina-membina, sudah tentu Uncle Muthusamy terasa kalau rakan se-AJKnya, Pak Cu Solek bising-bising bila klinik bidan belum siap-siap. Kelmarin, Uncle Muthusamy sudah tidak dapat menahan diri lagi. Lalu dia meletup: “Itu sebab mereka enam kali mahu ubah plan. Mahu tambah itu dan ini. Mahu lebih canggih. Sebab itu terlewat!”

Tapi Pak Cu Solek yang bertanggungjawab terhadap kebajikan dan kesihatan penduduk kampung menjawab lagi. “Mana ada! Itu kontraktor asyik bertukar-tukar. Ada penunggu ke tempat tu sampai kontraktor cabut lari saja. Kita pengguna, hanya terima klinik bidan yang sudah siap!”

Kali ini, Uncle Muthusamy mahu buat perhitungan. Di kedai kopi Mamak Merican. Uncle Muthusamy sudah kumpul kontraktor, subkontraktor dan buruh binaannya. Ada berkulit sawo matang dari Indonesia. Ada bertubuh agam gelap dari Bangladesh. Ada juga dari Myanmar. Malah, ada juga seorang buruh dari Jepun yang entah macam mana boleh tersesat ke dalam kumpulannya.

Uncle Muthusamy, kontraktor, subkontraktor dan buruh binannya hanya menanti Pak Cu Solek datang. Demi sebuah perhitungan. “Apa nak jadi, jadilah!” Itu azam Uncle Muthusamy.

Pak Cu Solek dengan motosikal Honda 70 lampu bulat dengan satu gear tekan belakang dan dua gear tekan depan pun sampai. Lepas menongkat dua motosikal, Pak Cu Solek baru tersedar, Uncle Muthusamy dan konco-konconya sedang menunggunya.

“Apa ni ramai-ramai?” Pak Cu Solek meneguk liurnya. Dada burungnya berdebar.

“Kita selesaikan kat luar. Kat sini sempit. Tak sesuai!” Uncle Muthusamy keluar ke tanah lapang di sebelah kedai kopi Mamak Merican. Diekori kontraktor, subkontraktor dan buruh binannya yang berpuluh-puluh itu memenuhi tanah lapang itu.

Pak Cu Solek teragak-agak. Tapi dia pantang dicabar. Adalah ilmu dikilasnya. Lagipun, gelar yang ada di depan namanya bukan main-main. Cuma kali ini dia sendirian. Pak Cu Solek baca jampi sedikit dan keluar dari kedai kopi itu.

Uncle Muthusamy berdiri paling depan dalam kumpulan kontraktor, subkontraktor dan buruh binaan itu. Uncle Muthusamy kilas kain hingga ke lutut. Lengan baju disingsingnya.

Inilah saat dan ketikanya Uncle Muthusamy membuat perhitungan terakhir dengan Pak Cu Solek! Terngiang-ngiang muzik suspens di telinga Pak Cu Solek.

Uncle Muthusamy pun petik jari. Konco-konconya pun pakat sama petik jari. Berulang-ulang kali. Uncle Muthusamy kibas tangan ke kiri dan ke kanan. Konco-konconya pun ikut sama. Kaki Uncle Muthusamy turut menghentak-hentak bumi. Konco-konconya ikut sama rentak kaki mereka.

Uncle Muthusamy pun mula menyanyi dan menari. Konco-konconya pun ikut menari. Alah, macam filem Tamil bila satu kampung turun padang dan pakat menari dengan hero!

Tapi Uncle Muthusamy nyanyi lagu Nurul dan Ajai, Keliru!

Saban hari ku mencarimu
Semalaman ku mengenangmu
Marah, resah, gelisahku
Menjadi satu

Tahu kau di dalam dilema
Sukar untuk buat pilihan
Jangan kau cepat berubah
Pendirian dirimu... oho...

Salahkanku... jangan salahkan ku
Kasihani aku... kau lupakan aku
Mana satu... kujadi keliru
Aku makin keliru.
Nazmi Yaakubnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7462251.post-62067719030695785692007-03-06T09:47:00.000+08:002007-05-25T10:20:54.135+08:00cakap besarKadang-kadang orang kita suka cakap besar. Sebenarnya, habuk pun tak ada. Macam ikan buntal yang mengelembung untuk takut-takutkan musuh. Macam tin kosong yang bunyinya mengalahkan instrumen tradisional China, Bo atau Po.

Nota tengah: Entri ini tidak ada kena-mengena blogger sama ada yang masih hidup atau belum mati atau mahu menghasilkan buku. Segala persamaan adalah kebetulan yang disengajakan.

Seperti gembar-gembur jambatan yang tak jadi. Seperti hiruk-pikuk parti setahun jagung menumbangkan parti gergasi dengan jentera kuasa dan wang tidak terbatas. Seperti hingar-bingar untuk raih nobel sastera. Seperti mahu hapuskan kongsi gelap di Chowkit, Bukit Bintang dan Petaling Street!

Nota tengah: Entri ini tidak ada kena-mengena dengan isu pemimpin politik kanan dan pembebasan tiga suspek ditahan di bawah Ordinan Darurat.

Taji (bercakap dalam telefon): Kau kata KL bawah tangan kau. Suruh cari mamat sorang ni pun tak jumpa. Kau suruh kaki-kaki kau kat Chowkit, Bukit Bintang, Petaling Street cari.
Mamat dalam telefon: &*%$@#@*?:>!#&#^&*@* (tak ada dalam skrip)
Taji: Kalau mereka keras kepala, kau bagitahu, nanti aku hapuskan semua kongsi gelap kat situ (merujuk kepada kongsi gelap di Chowkit, Bukit Bintang dan Petaling Street).

Nota tengah: Nak hapuskan kongsi gelap, konon. Tak payah cakap besar, Taji. Cuba ambil alih dulu sindiket sol-jah vcd/dvd pirate dekat Chowkit, Bukit Bintang dan Petaling Street! Baru ada dua tiga pailang yang sekali kena hantuk kepala dah pengsan, konon nak take-over kongsi gelap. Lepas berjaya ambil alih, baru gebang-gebang pasal masalah yang dewan bandaraya pun tak cukup tangan nak kawal.

Kadang-kadang, fenomena suka cakap besar terbawa-bawa ke dalam drama Melayu kita. Macam... alah drama yang selalu kita tengok setiap Isnin, malam Selasa!
Nazmi Yaakubnoreply@blogger.com